Tuesday, November 5, 2013

Untuk terbang perlu ada rintangan

Hikmat 27

Seandainya tidak ada rintangan (angin dari depan), burung tidak akan dapat terbang, layang-layang akan menjunam. Rintangan yang membantu burung dan layang-layang naik ke udara. Layang-layang menentang angin untuk naik, bukan mengikut angin.

Sekarang, penting atau tidak rintangan? Kajian sains tersebut menunjukkan betapa pentingnya rintangan dari depan untuk membolehkan naik ke udara dan terbang.

Rintangan, halangan, masalah di depan anda itulah yang akan menjulang anda naik ke atas. Percayalah.Apa saja halangan di depan anda itu bukan untuk dihindari tetapi diatasi, Berjaya atau tidak anda mengatasinya, yang utama anda mestilah berusaha sedaya upaya untuk mengatasinya. Jika tidak anda rugi sebab ia mampu menjulang anda naik. Berundur dari menghadapi masalah, rintangan, halangan boleh menyebabkan anda terjunam.Sebaliknya jika meneruskan, meredah dan mengatasi segala rupa halangan, rintangan, anda akan dijulang olehnya. Mana satu pilihan anda? Mengelak dari rintangan yang menguntungkan atau beralih dari rintangan yang merugikan?

Yang menguntungkan anda – tak payah anda bersusah payah mencari rintangan dan halangan, ia memang berada di depan mata setiap hari sepanjang hayat anda. Mahu tak mahu ia sudah wujud di depan anda. Pilihlah sendiri hendakkan kegagalan atau kejayaan. Kalau hendakkan kegagalan berundurlah atau beralih ke tepi.

Wallahu a’lam.

Idris Mohd Said
100 warisan hikmat,2006

No comments:

Post a Comment