Tuesday, November 12, 2013

Siapa tidak melihat ke depan akan tertinggal di belakang

Hikmat 40

Apa yang ada di depan kita? Hanya teka teki yang tidak diketahui kebenarannya. Apa pula di belakang kita? Kenangan-kenangan kejayaan dan kegagalan. Apa pula yang ada di hari ini? Hari ini pula adalah harta yang sangat berharga yang mesti diusahakan untuk mencorakkan hari ini dan akan dating.

Jika kita tidak memandang ke masa depan, kita akan tertinggal di belakang, Jika kita tidak memandang ke hadapan, kea rah matlamat kita, pasti tidak akan melakukan apa-apa, bolehkah matlamat tersebut dicapai? Kerana tidak dicapai, tentulah tertinggal di belakang. Tepatlah kata mutiara warisan ini membuktikan, kita akan tertinggal di belakang jika mengabaikan matlamat kita.

Dan lagi, jika kita tidak memandang ke depan, pandangan kita akan beralih ke tempat lain, ke belakang, kepada masa lalu. Mungkin kita berasa takut untuk bertindak kerana terkenang-kenang kegagalan lalu.Mungkin juga tidak mahu bertindak kerana menganggap tidak akan menemui kejayaan seperti masa lalu. Atau hanya syok sendiri dengan kejayaan lalu.

Kita tidak mahu sama sekali tertingga di belakang kerana di belakang itu bukan tempat kita. Kita mahu berada di depan dan maju seiring dengan perkembangan sekitar. Dengan kemajuan itu bolehlah kita memperbanyakkan bakti. Tak payahlah bercakap fasal bakti jika kehidupan sentiasa tertinggal di belakang. Berbaktilah kepada diri sendiri terlebih dahulu, pandang ke depan, ke arah matlamat  dan usahakan matlamat tersebut pada hari ini jika tidak mahu ketinggalan di belakang.

Wallahu alam

Idris Mohd Said
100 warisan hikmat, 2006

No comments:

Post a Comment