Friday, November 22, 2013

Orang mungkin sangsi dengan kata-kata anda tetapi percaya dengan tindakan anda.

Hikmat 61

Kata-kata memang selalunya sukar dipercayai. Jadi jangan salahkan sesiapa kalau ada yang sangsi dengan kata-kata anda. Memang itu tabiat semula jadi manusia. Bagaimana dengan anda? Adakah anda sangsi dengan kata-kata orang lain. Sebagaimana anda sangsi, begitulah juga orang lain sangsi dengan kata-kata anda.

Kesangsian hanya boleh dibuktikan dengan tindakan. Tindakan anda membuktikan segala-galanya. Orang sangsi dengan kata-kata tetapi serta merta percaya dengan tindakan. Begitu besarnya nilai tindakan. Seribu cakap-cakap tidak akan dipercayai atau hanya dipercayai sedikit tetapi satu sahaja tindakan (walau kecil), lebih dipercayai. Jadi, mana satu pilihan anda? Hendak terus cakap-cakap atau berhenti cakap-cakap dan masa yang dihabiskan dengan kata-kata itu digunakan untuk bertindak – walau hanya satu tindakan kecil.

Bahkan selalunya tindakan yang satu dan kecil itulah yang membuka jalan untuk mencapai kejayaan yang besar. Jangan fikir ia kecil tetapi fikirkan sebagai pembuka jalan untuk kejayaan yang besar dan juga supaya anda menjadi manusia yang dioercayai. Bila anda dipercayai, mudahlah jalan anda untuk mencapai kejayaan.

Siapa yang hendak percaya dengan orang yang hanya pandai berkata-kata? Ramai yang hanya percaya kepada tindakan, walaupun hanya dimulakan dengan tindakan kecil.

Wallahu alam

Idris Mohd Said
100 warisan hikmat, 2006

No comments:

Post a Comment