SEGAMAT 9
Nov - Waris kepada beberapa jenazah yang ditemui dalam keadaan
sempurna semasa kerja penggalian dilakukan di Tanah Perkuburan Islam Kampubg
Batu Badak mahu orang ramai mengambil iktibar daripada kejadian tersebut
sebagai renungan hidup.
Jaafar Mohd Saad, 78, waris
kepada Mohd Said Ahmad dan Yusuf Mohd Said, masing-masing bapa dan abangnya,
menyifatkan segala yang berlaku sebagai petanda baik, selain berharap roh
mereka ditempatkan dalam kalangan orang yang soleh.
Sukar untuk saya menyatakan sesuatu berhubung perkara ini kerana apa
yang berlaku hanya Allah sahaja yang tahu sebabnya yang tidak terjangkau oleh
pemikiran kita sebagai hambaNya yang lemah. Saya bimbang jika apa yang berlaku
ini boleh mendorong kita kepada sifat riak dan takbur.
Tapi apa yang boleh saya perkatakan kedua-dua waris saya ini semasa
hayatnya memanglah seorang yang warak dan taat kepada ajaran agaa serta selaku
membaca al-Quran setiap ada masa terluang, katanya ketika ditemui di Tanah
Perkuburan Islam Kampung Batu Badak di sini hari ini.
Menurut Jaafar, arwah bapanya
pernah menjadi Penghulu Mukim Gemereh ketika hayatnya dan meninggal dunia
ketika berusia 78 tahun sekitar tahun 1970-an. Menyifatkan Mohd Said sebagai
bapa yang penyabar dan tidak pernah marah. Jaafar berkata, arwah juga suka
menolong orang yang dalam kesusahan dan sifat itu diwarisi oleh abangnya, Yusuf
yang kemudian mengambil alih jawatan Penghulu Mukim Gemereh sebelum meninggal
dunia ketika berusia 63 tahun , tujuh tahun lalu.
Beliau turut menyatakan harapan
agar pihak beranggapan baik kepda semua jenazah yang dipindahkan, selain
meminta agar tidak ada segelintir individu yang melakukan perbuatan terkutuk
seperti menurun nombor ekor dan sebagainya.
Sementara itu Hamisah Kassim, 67,
anak kepada Mehran Jaafar yang meninggal dunia tujuh tahun lalu ketika berusia
83 tahun, mengakui ibunya seorang yang kuat beramal dan suka membantu orang,
selain tidak pernah meninggalkan solat dan membaca al-Quran setiap hari
walaupun sibuk dengan urusan rumah tangga.
Jenazah Mehran adalah antara 12
mayat yang ditemui dalam keadaan sempurna serta berbau harum dalam kerja
pemindahan ke tanah perkuburan Islam yang baharu di Kampung Alai
di sini untuk memberi laluan kepada pembinaan Lebuh Raya Segamat – Tangkak.
Hamisah yang tinggal tidak jauh
dari tanah perkuburan tersebut memberitahu, seorang lagi warisnya yang ditemui
dalam kejadian sempurna adalah abang iparnya, Ahmad Raof yang meninggal dunia
lapan tahun lalu.
Saya tidak dapat memastikan apakah kedua-duanya mereka (ibu dan abang
ipar) hafal al-Quran, tetapi setahu saya, mereka berdua memang membaca al-Quran
hampir setiap hari. Tetapi apa yang saya dengar jenazah orang yang hafal
al-Quran selalunya tidak mereput, katanya.
Wallahu alam.
Mingguan Malaysia
10 November 2013
No comments:
Post a Comment