Wednesday, November 27, 2013

Bahkan orang yang mempunyai penawar tidak berani meminum racun


Hikmat 83

Kalaulah anda mempunyai penawar racun yang dikhabarkan sangat mujarab. Berani atau tidak anda meminum racun untuk menguji keberkesanan penawar tersebut? Hanya orang yang tak waras sahaja akan meminum racun untuk menguji keberkesanan penawar.

Suatu hari seorang yang mendakwa kebal mahu menjual tangkal penipunya. Katanya, kamu ikat pada ayam dan tembak ayam tersebut. Seorang budak yang bijak di situ berkata, kenapa tak ikat pada badan pakcik sendiri, lepas itu pakcik tembak diri sendiri!

Jangan cari fasal, itulah yang paling tepat. Jangan riyak, sombong, cakap besar sekalipun mempunyai kelebihan. Walaupun mempunyai kelebihan lebih dari orang lain, janganlah cari fasal menunjuk-nunjuk, berlagak dan merendah-rendahkan orang lain, merosakkan hidup orang lain. Apa yang diperolehi? Kebanggaan? Kepuasan? Ia sementara tetapi nampaknya berpanjangan. Kemungkinan akan mendapat impak seumur hidup. Dengan menunjuk-nunjuk begitu akan mencipta musuh. Sudah tentu musuh-musuh ini tidak akan berdiam diri selagi belum berjaya menjatuhkan orang yang berlagak, perasan, cakap besar.

Kita lihat sebaliknya pula – kita gunakan kelebihan kita itu untuk membantu orang lain. Apa yang diperolehi? Walaupun anda tidak mengharapkan apa-apa balasan tetapi doa-doa mereka termasuk doa dalam senyap mereka yang dibantu akan menggembirakan dan menaikkan tahap kehidupan anda, berpanjangan.

Wallahu alam

Idris Mohd Said
100 warisan hikmat, 2006 

No comments:

Post a Comment