Hikmat 44
Bila nak mula? Nantilah, nantilah,nantilah…tunggu dulu….nak fikir-fikir
dulu….nak fikir masa paling sesuai untuk bermula. Tanpa disedari, bila
sentiasa memikirkan bila nak bermula, memang tidak akan dimulakan. Kalau pun ia
dimulakan, ia telah terlewat. Terlewat, kerana masa telah dihabiskan untuk
memikirkan bila hendak bermula.
Orang yang terus bermula tanpa
perlu berfikir panjang akhirnya telah sampai ke tempat tuju, yang suka nak
fikir-fikir dulu akan tertinggal jauh di belakang. Bila dia hendak memulakannya
segala-galanya telah terlambat. Bila ditanya kembali apa sebenarnya yang difikirkan,
mereka tak tahu apa sebenarnya yang hendak difikirkan – hanya sekadar suka
menyebut hendak fikir-fikir dulu.
Fikir itu pelita hidup, demikian
kata bijaksana tetapi mengambil masa yang panjang untuk berfikir hendak
memulakan sesuatu atau langkah pertama bukan pelita hidup namanya, sebaliknya
boleh diibaratkan sebagai perosak hidup. Hendak memulakan memang anda perlu
berfikir tetapi mengambil masa yang lama untuk memikirkan sudah pasti akhirnya
berakhir dengan tidak jadi. Selalunya memang begitu. Orang yang bijak akan
melebihkan bertindak dari berfikir. Mereka tahu bertindak tanpa berfikir adalah
berbahaya tetapi terlebih berfikir dari bertindak
Dalam apa saja usaha, langkah
pertama amat penting. Jangan sekali-kali mengambil masa yang lama untuk berfikir-fikir
sebelum memulakan langkah pertama. Makin banyak fikir, makin takut hendak
memulakan langkah pertama. Fikir-fikir tidak mendatangkan apa-apa, sebaliknya
bertindak sesudah berfikir, itulah yang paling tepat dan kemestian.
Wallahu alam
Idris Mohd Said
100 warisan hikmat, 2006
No comments:
Post a Comment