Hikmat 43
Warisan hikmat ini membawa maksud
ringkas – masa tidak pernah menunggu manusia, sebaliknya manusia yang mesti
mengejar masa. Manusia yang sedang leka dan bermalas-malas akan ditinggalkan
masa. Dan ingatlah, tidak akan ada manusia yang berjaya bila berlawan dengan
masa.
Tidak mungkin masa akan dapat
dikejar. Jadi, kalau sudah tahu begitu, mengapa mesti membiarkan masa mengejar
kita? Percayalah, semua manusia akan menyesal bila hari ini bermalas-malas,
sembang-sembang dan dikejar masa. Suatu masa nanti, dalam masa terdekat, tanpa
disedari, usia sudah sampai penghujung dan barulah tersedar begitu banyak yang
akan dilakukan, tetapi masa yang ada tinggal sedikit.
Berhati-hatilah sentiasa – apa
yang anda lakukan hari ini akan terbalas. – ada masa akan datang. Jika ia
berkaitan dengan masa, ia akan terjadi sebaliknya. Jika hari ini bermain-main
dengan masa, akan datang akan dimain-mainkan masa. Jika hari ini dikejar masa,
akan datang akan mengejar masa. Jika kini seperti tidak perlukan masa, akan
datang akan sangat memerlukan masa. Anda tidak percaya? Tanyalah kepada mereka
yang telah lanjut usia tetapi masih terkejar-kejar ke sana ke mari.
Hargai semasa ada. Hargai masa
yang ada di tangan sekarang ini. Gagal untuk menghargai semasa ada, semestinya,
suatu hari nanti, bila telah tiada akan ditangisi. Tapi, bergunakah tangisan
itu?
Wallahu alam
Idris Mohd Said
100 warisan hikmat, 2006
No comments:
Post a Comment