Bila anda melaburkan wang, dividennya tak boleh diambil serta merta, bila
sampai masanya sahaja hanya boleh diambil dividen. Itu pun kalau ada
keuntungan. Tetapi, kerisauan adalah ibarat mengambil serta merta dividen hasil
dari pelaburan, walaupun belum tentu untung atau rugi. Secara mudah, kerisauan
adalah keuntungan serta merta. Atau kerugian besar, serta merta.
Mengapa mesti risau sedangkan apa yang dirisaukan itu sebenarnya tidak
wujud. Hanya sekadar mainan dan rekaan minda sahaja. Belum pun terjadi, tetapi
sudah dirisaukan. Belum pun pelaburan matang, sudah diambil dividennya.
Cara mudah untuk mengatasi kerisauan yang merosak ini adalah dengan
membentangkan kertas, kemudian mencatatkan satu per satu apa yang menjadi
kerisauan, hinggalah ke penghujungnya atau kepuncanya (jika ada). Selalunya
bila sampai ke penghujung akan bertanya; apa sebenarnya yang saya risaukan?
Kerana sebenarnya tidak ada pun yang perlu dirisaukan. Tak berbaloi langsung
merisaukan perkara yang tidak wujud.
Kerisauan merosakkan minda dan kesihatan. Jadi hentikan segera. Sebaik
sahaja tergerak hendak risau, gunakan teknik tadi, ambil kertas, tuliskan, cari
punca-punca yang menyebabkan risau. Hentikan segera kerisauan tersebut. Anda
menguasainya kerana jika anda tidak menguasai, anda akan dikuasai dan hidup
tenggelam dalam kerisauan sepanjang hayat.
Wallahu alam
Idris Mohd Said
100 warisan hikmat, 2006
No comments:
Post a Comment