Tabiat 9
Kepercayaan mesti dicari, dibina
dan diperkukuhkan. Terdapat lima
sumber kepercayaan yang berada pada diri seseorang:
a) Persekitaran
Dr Benjamin Bloom daripada
Universiti Chicago telah mengkaji 100 atlet, pemuzik dan pelajar muda yang telah
berjaya dengan cara luar biasa. Dapatannya ialah, kebanyakkan mereka itu tidak bermula dengan menunjukkan
kebijaksanaan dan kepintaran dalam sekelip mata. Kebanyakkan daripada mereka
telah menerima perhatian, panduan dan sokongan yang teliti, kemudiannya bakat
mereka mula berkembang.
b) Pengalaman silam
Hidup ini sungguh indah. Setiap
peristiwa berlaku dengan bersebab. Ia menjadi pengajaran sebagai panduan hidup.
Sebaliknya suatu malapetaka yang dahsyat kepada yang ego dan bebal.
c) Matlamat dan ilmu pengetahuan
Sebuah pengalaman yang terus
menerus merupakan ilmu pengetahuan. Selebihnya diperolehi daripada proses
membaca, menonton filem dan mengembara melihat dunia. Tidak kira bagaimana
teguh sekali pun dunia kita, jika boleh membaca tentang pencapaian orang lain,
kita boleh mewujudkan kepercayaan yang membolehkan kita berjaya.
d) Hasil kerja dahulu
Sekali buat terus berjaya.
Pantas, mudah dan berhasil. Adalah lebih mudah untuk menghasilkan satu
kepercayaan terhadap apa yang kita lakukan dengan membuatnya hanya sekali.
e) Gambarkan kejayaan
Seorang petani telah diberikan
satu tunas pokok buluh yang tidak dikenal asal usulnya. Setelah ditanam,
diletakkan baja terbaik sekali sekala di samping siraman air setiap hari pokok
itu membesar begitu perlahansekali. Tiga tahun telah berlalu. Petani itu tetap
setia menyiram dan membaja pokok buluh itu dengan sabar.
Suatu pagi, petani itu dikejutkan
dengan jeritan anak-anaknya dari halaman rumah. Pokok buluh setinggi satu
meter hanya dalam masa satu hari. Sejak
hari itu, beliau sekeluarga melihat dengan penuh takjub perkembangan pokok
buluh sehinggalah hari ketujuh, ia menjulang tinggi sehingga mencapai empat
meter!
Rangsangan untuk kejayaan berada di sekitar
anda. Persekitaran, pengalaman silam, maklumat, hasil kerja terdahulu dan
gambaran kejayaan semuanya membantu anda. Cita-cita dan strategi sentiasa
beriringan.
Wallahu alam.
19 Tabiat Kuasa Perubahan
Zahir Zainudin & Amaludin Ab
Rahman, 2008
No comments:
Post a Comment