Hikmat 38
Sekali lagi kita berada di lautan mempelajari seni dan sains pelayaran
untuk panduan kita. Semasa pelayaran, bila anda menaikkan layar anda sekaki,
kapal anda akan mendapat angin untuk berganjak sejauh sepuluh kaki. Begitulah lebih
kurang nisbahnya. Soalan utamanya, bolehkah kapal layar itu bergerak jika
enggan menaikkan layar itu? Ia bergerak tetapi dalam keadaan hanyut,bukan dalam keadaan pelayaran.
Lebih lanjut lagi, walaupun usaha anda sedikit sahaja, tetapi jika ia usaha
yang tepat, perolehannya memang banyak. Soalnya mengapa hanya sedikit sahaja
sedangkan berkemampuan untuk mengusahakannya dengan lebih banyak lagi. Bukan
setakat menaikkan layar sekaki sahaja bahkan mampu walau 10 atau 100 kaki.
Mengapa begitu?
Kerana kita ini sering menghadkan keupayaan diri kita sendiri. Kita mampu
tapi dalam masa yang sama kita sendiri yang menghadkan keupayaan kita. Jadi,
untuk menjadi manusia yang berjaya semestinya sentiasa menaikkan layar bukan
setakat satu kaki, tetapi sehabis tinggi, barulah boleh mendapat kebaikan dan
keuntungan yang lebih banyak, maksimum.
Wallahu alam
Idris Mohd Said
100 warisan hikmat, 2006
No comments:
Post a Comment