Hikmat 93
Sekali anda berbuat baik, seribu kebaikan anda mendatangi anda sama ada
lambat atau cepat, sama ada di sedari atau sebaliknya. Begitulah hebatnya dan
keuntungan besar yang akan diperolehi jika berbuat baik, dengan syarat ia
adalah ikhlas.
Ramai yang keliru dengan ikhlas. Ikhlas bukan sekadar tidak mengharapkan
apa-apa balasan. Atau bukan untuk menunjuk-nunjuk. Ia lebih dari itu.Ikhlas
tidak terasa apa-apa di hati – sama sekali lupa dengan apa yang telah silakukan
atau diberikan. Bahakan, jika orang menyakiti hati setelah memberikan sesuatu,
misalnya mengkritik pemberian itu atau tidak mengucapkan terima kasih tetap
tidak terasa apa-apa kerana ia pemberian ikhlas yang telah dilupakan, jadi
untuk apa diungkit-ungkit? Untuk
menguji tahap keikhlasan anda, ingati kembali kebaikan dan pemberian anda kepada
orang lain sebelum ini. Bolehkah anda mengingatinya? Jika boleh bermakna belum
cukup lengkap keikhlasan sebab syarat utama ialah lupa sama sekali dengan
pemberian atau kebaikan yang pernah dilakukan.
Bolehkah anda menerapkan konsep keikhlasan begitu ke dalam diri? Memang
boleh kerana jutaan manusia sebelum ini yang telah menerapkan konsep keikhlasan
seumpamanya. Jika boleh maka bersedialah untuk menerima huluran beribu-ribu
tangan yang membantu anda kembali. Walau hanya sekali sahaja beebuat kebaikan, akan menerima beribu-ribu
balasan. Bagaimana jika
menghulurkan 1000 tangan yang ikhlas tanpa mengharap sebarang balasan?
Sesekali anda berasa hairan, bila anda berada di dalam kesusahan, ramailah
yang menolong dan membantu anda. Dari mana datangnya pertolongan itu, mengapa
ada pertolongan berterusan begitu kadangkadang menghairankan anda. Sebenarnya
tak perlu hairan kerana suatu masa dulu, anda telah lupa, anda pernah membantu
orang lain. Mungkin sekali dua disertai dengan keikhlasan. Pertolongan anda itu
mungkin juga kecil sahaja dan tak pernah dianggap pertolongan. Ia diumpamakan menghulur satu tangan
(kecil) tetapi kini anda menerima huluran ribuan tangan.
Peluang untuk berbuat baik dan membantu orang lain sentiasa tersedia. Cuma kita kadang-kadang tidak menyedari
kerana ia dianggap kecil.
Wallahu alam
Idris Mohd Said
100 warisan hikmat, 2006
No comments:
Post a Comment