Yang Maha Pemelihara
Engkau Pemelihara dan Pelindungku
limpahkanlah cahaya rahsia namaMu al-Muhaimin
sehingga kau mengetahui sehalus-halusnya gejolak hatiku
sudut terdalam daripada nuraniku
fitrah ilahiahku
Tuhan, Pemelihara dan Pelindungku
kiranya Engkau bukakan tabir-tabir yang menyelimuti
nurani al-muhaimin pada setiap manusia
sehingga tidak ada lagi tindakan sesuka hati
kezaliman dan penindasan ke atas hamba-hambaMu.
Aameen.
Kecerdasan berasaskan
Asmaulhusna
Sulaiman Alkumayi;2011
No comments:
Post a Comment