Hikmat 45
Bercakaplah seribu kali fasal
kebaikan – ia tidak akan membawa kepada kebaikan. Maksudnya bukan bercakap
perkara-perkara kebaikan sebaliknya bercakap beribu-ribu kali konon hendak
membuat kebaikan tetapi hanya cakap saja. Ia tidak akan membawa kepada kebaikan
sebaliknya boleh membawa kerosakan. Ia akan hanya merosakkan diri sendiri
Sebagaimana yang anda tahu bahawa cakap-cakap tetapi tidak dilaksanakan akan
hanya merosakkan diri sendiri.
Berbuat kebaikan sebenarnya yang
membawa kepada kebaikan. Tak perlulah bercakap besar konon hendak berbuat
berbagai-bagai kebaikan – bina masjid, bina rumah anak yatim, membantu orang
susah tetapi sampai sudah ia hanya cakap-cakap kosong yang diucapkan mungkin
untuk menaikkan imej diri, untuk membohongi ramai supaya dipandang mulia.
Sesungguhnya perbuatan atau
tindakan kebaikan yang dianggap kecil sejuta kali lebih baik dari bercakap
besar fasal hendak berbuat kebaikan. Membuang duri dari jalan, mengutip sampah
dan memasukkan ke dalam tong sampah, membantu orang buta melintas jalan adalah
jauh lebih baik dari cakap berdegar-degar tentang kebaikan tetapi tidak pernah
sekalipun mengambil langkah pertama untuk melaksanakan apa yang diucap.
Wallahu alam
Idris Mohd Said
100 warisan hikmat, 2006
No comments:
Post a Comment