Hikmat 52
Lumrah alam ini, kehidupan yang bernyawa bermula dari kecil. Pokok
misalnya, tidak tiba-tiba terus besar. Pokok yang paling besar sekali di dunia
ini pun bermula dari benih yang kecil, halus.
Apa pengajarannya? Janganlah tiba-tiba hendak terus besar. Melainkan anda
berkemampuan, boleh terus besar, walaupun risikonya adalah tinggi.
Sebaik-baiknya bermula dari kecil atau sederhana. Bermula terus besar akan
menimbulkan banyak masalah. Jika
mampu dari segi kewangan bagaimana pula dengan keperluan lain seperti
pengetahuan, pengalaman dan lain-lain? Berbanding jika bermula dengan kecil
atau sederhana – sambil membina sambil mengumpulkan pengetahuan, pengalaman dan
modal.
Bagaimanapun, yang kecil kekal kecil jika tidak menuju ke arah besar. Yang
pasti, dari kecil terus lenyap jika tidak dijaga dengan baik. Seperti anak
benih, tumbuh tunas, anak pokok, pokok kecil, pokok besar – prosesnya bertahun.
Namun tak mungkin benih tumbuh tunas jika tidak ditanam kemudian dijaga,
disiram dan dibajai. Inilah saat paling kritikal di mana jika tidak memberi
perhatian, benih tidak tumbuh tunas, tidak mendi anak pokok dan seterusnya
pokok kecil. Bahkan sehingga peringkat pokok kecil pun masih perlukan perhatian
serius. Melainkan sesudah menjadi pokok besar, akar, batang rantingnya yanh
kuat, barulah kurang sedikit perhatian.
Pokok yang besar bermula dari benih yang kecil halus . Tapi ingat, tak
semestinya benih boleh menjadi pokok pada suatu hari. Penjagaan dan perhatian
yang serius amat diperlukan semasa menanam anak benih.
Wallahu alam
Idris Mohd Said
100 warisan hikmat, 2006
No comments:
Post a Comment