Yang Maha Pengaman
Wahai Allah, sumber keamanan
jadikanlah daku supaya hanya padaMu
aku mencari pengaman
jangan biarkan aku merasa aman
dengan kekayaan, pangkat, nama, kedudukan
kerana semua itu
suatu masa pasti
akan meninggalkan daku
yang memelihara keyakinan
jadikan daku
hambaMu yang tinggi keikhlasan
sehingga aku mampu memberi makna hidup sebagai
suatu kembara yang benar-benar mengasyikkan
cabaran-cabaran yang menghalang di depanku
sebagai peluang keemasan bagiku
meraih kejayaan dan kebahagiaan
hingga daku layak menyambut seruanMu:
di dalamnya kamu memperoleh
apa yang kamu inginkan,
dan memperoleh pula di
dalamnya apa yang kamu minta
sebagai hidangan daripada
Yang Maha Pengampun lagi
Maha Penyayang (Surah Fussilat, ayat 31)
Aameen.
Kecerdasan berasaskan
Asmaulhusna
Sulaiman Alkumayi;2011
No comments:
Post a Comment