Sunday, November 10, 2013

Jika tiada pelabuhan dituju, tiada arah angin yang sesuai

Hikmat 31

Bila sauh dibongkar, kapal laut mempunyai arah yang hendak dituju. Bukan saja-saja kapal tersebut menghidupka enjin dan mengangkat sauh.

Perkara seumpamanya terjadi setiap hari dalam hidup kita. Tidak ada tempat yang hendak dituju, semua arah dan cara memang tak sesuai. Nak mengarah ke timur, barat, utara, selatan, semuanya tak sesuai. Nak menggunakan kenderaan kereta, kapal terbang, sampan, semuanya tak sesuai kerana tidak ada arah yang hendak dituju.

Jadi, pengakhiran itu amat penting. Dari pengakhiran (tempat dituju), barulah boleh menentukan arah dan cara hendak sampai ke tempat tuju. Begitulah di dunia ini ramai yang membazirkan hayat kerana tidak mempunyai tempat yang dituju. Atau tempat yang dituju itu tidak padu dan berubah-ubah. Kerana tidak ada tempat khusus yang hendak dituju maka apa saja cara dan arah yang amat sesuai dikatakan tidak sesuai atau tidak disedari.

Contoh lagi – anda tak pasti apa yang hendak dimakan, atau selera anda berbelah bagi – jadi arah anda tak menentu kerana tidak pasti hendak menuju ke restoran mana. Tentukan tempat yang hendak dituju terlebih dahulu barulah anda boleh menentukan arah dan cara untuk ke tempat tuju tersebut.

Wallahu alam

Idris Mohd Said
100 warisan hikmat, 2006 

No comments:

Post a Comment