Hikmat 60
Sama ada menggunakan tenaga diri
sendiri atau menggunakan kenderaan.memang ada berbagai-bagai cara untuk maju ke
depan. Hanya jika hidup penuh dengan alasan, barulah tak nampak cara-cara untuk
bergerak ke depan. Kalau tak ada alasan – akan nampaklah berbagai cara seperti
berjalan, berlari, merangkak, naik kereta, bas, sampan dan berbagai-bagai lagi.
Memang terlalu banyak cara untuk maju ke depan, tetapi hanya ada satu cara
sahaja untuk tegak berdiri iaitu dengan diam berdiri.
Kalau ada yang banyak, mengapa
memilih yang satu? Kalau ada banyak cara untuk maju ke depan, mengapa berhenti?
Ingatlah, bila kita berhenti sebenarnya kita sedang berundur ke belakang kerana
kita ditinggalkan oleh dunia yang sentiasa maju ke depan. Suasana sekeliling
menuju ke depan dengan berbagai-bagai cara, jadi jika anda berhenti tegak, anda
akan terus tertinggal jauh di belakang.
Oleh sebab ada banyak cara untuk
maju ke depan, pilihlah salah satu cara yang paling sesuai untuk anda dan
ikutlah arus dunia ini – maju ke depan. Peluang untuk maju ke depan lebih
banyak berbanding berundur ke belakang.
Wallahu alam
Idris Mohd Said
100 warisan hikmat, 2006
No comments:
Post a Comment