Tabiat 19
Di sebuah kampong pedalaman Timur
Tengah, keldai merupakan harta penting untuk petani. Suatu hari seorang petani
mundar mandir sekitar rumah mencari keldainya yang hilang. Ternyata keldai itu
telah tersesat laku terjatuh di dalam perigi buta yang dalam. Petani dan
rakan-rakannya mengambil keputusan untuk menimbuskan perigi buta bersama-sama
keldai. Sambil itu telinganya ditutup, tidak sanggup mendengar rengekan dan
pekikan keldai kesayangan. Sehinggalah suara keldai tidak kedengaran lagi,
mereka pun berhenti melemparkan tanah.Menyangka keldai sudah mati, mereka
menjenguk di tepi perigi untuk melihat apa yang berlaku.
Sungguh menakjubkan. Pandangan
mereka terpaku pada seekor keldai yang masih kuat, segar sedang
menggoyang-goyangkan ekornya ke kiri dan kanan. Setiap kali tanah jatuh ke atas
badannya, keldai itu akan menggoyangkan punggungnya, menjatuhkan timbunan tanah
menginjak-injak sehingga menjadi pejal. Melihat keadaan itu, si petani dan
rakan-rakanya bertambah bersemangat dan menyiapkan usaha mereka sehinggalah
keldai itu dapat melompat keluar dan berlari pergi.
Sesungguhnya, kehidupan kita akan
terus dituangkan tanah dan kekotaran. Hanya ada satu cara untuk keluar daripada
keadaan-keadaan tersebut, iaitu kesedihan, masalah, ujian dan cubaan hidup.
Caranya ialah menggerakkan akal dan fikiran untuk membuang segala kesedihan
dari hati dan perasaan. Dengan cara itulah kita dapat menjadikan semua masalah
umpama tanah untuk dipijak dan melompat keluar daripada perigi kesengsaraan.
Kejayaan dan kegagalan untuk berubah adalah silih berganti. Tidak ada sesuatu
yang kekal kerana setiap masa kita berubah. Hanya kepada Allah swt kita
berharap dan memohon pertolongan.
Jika anda
bersedih kerana gagal mendapatkan sesuatu yang anda hajati, ingatlah bahawa
Allah swt sedang memberikan pilihan yang terbaik untuk anda. Apa yang penting
anda mesti bersabar. Kejayaan akan menjadi milik anda.
Wallahu alam.
19 Tabiat Kuasa Perubahan
Zahir Zainudin & Amaludin Ab
Rahman, 2008
No comments:
Post a Comment