Hikmat 80
Sama ada anda takutkan bahaya atau sama sekali tidak takutkan bahaya,
sememangya bahaya itu wujud di depan mata. Sentiasa ada saja bahaya di
mana-mana, sama ada kecil atau besar. Jadi, bagaimana? Takutkan bahaya atau
tidak takutkan bahaya, sentiasa ada bahaya di depan mata. Orang yang bijak akan
memilih tidak takut bahaya, kerana tak guna takutkan bahaya sebab ia tetap ada
di depan mata.
Tidak takut bahaya bukan bermakna melanggar apa saja bahaya dengan melulu.
Itu cara keberanian yang hanya membahayakan diri sendiri. Katakan api sedang
marak, anda menyerbu api tersebut. Itu memang benar tidak takut bahaya tetapi
membahayakan diri sendiri akhirnya. Jadi, selagi berfikir terlebih dahulu
sebelum menghadapi apa-apa bahaya. Jika perlu dielakkan, maka elakkanlah.
Jangan menggadaikan nyawa.
Untuk lebih tepat lagi – anda tak perlu takutkan bahaya kerana bahaya
sentiasa ada, sama ada takutkan atau tidak takut bahaya. Tidak perlu takut
sebaliknya bersedia menghadapi apa saja bahaya setelah disahkan ia boleh
dihadapi. Pastikan juga bahaya yang dihadapi (setelah disahkan boleh dihadapi)
membawa peningkatan kepada kehidupan. Tak guna membazirkan masa, menggadaikan
nyawa jika tidak membawa faedah besar kepada kehidupan.
Wallahu alam
Idris Mohd Said
100 warisan hikmat, 2006
No comments:
Post a Comment