Hikmat 36
Pengaruh sahabat dan suasana sekeliling amat besar sekali kesannya untuk
masa sekarang dan akan datang. Beruntunglah anda jika masa ini bergaul dengan
mereka yang baik, berjaya dan taat pada Allah swt. Seandainya itu bukan
pergaulan anda pada masa kini, sebaiknya anda hendaklah mengubah pergaulan dan
suasana di sekeliling anda. Anda berhak dan mampu mengubahnya. Sabab, jika
tidak diubah, ia akan memberi kesan besar pada masa depan anda kerana dengan siapa
anda bergaul sekarang, itulah gambaran masa depan anda.
Contohnya: jika sekarang ini anda bergaul dengan sahabat-sahabat yang bijak
pandai dan terus mengekalkan pergaulan tersebut, bermakna anda sedang membentuk
diri anda sebagai seorang yang bijak pandai hasil dari pengaruh bijak pandai di
sekeliling anda. Masa depan anda dikatakan mampu digambarkan – anda akan
menjadi seorang yang bijak.
Contoh lagi : katalah sekarang ini bergaul dengan penipu, pembelit,
kemudian berasa seronok dan pergaulan seperi itu diteruskan, bolehkah anda
memberikan gambaran masa depan anda? Sebaliknya, jika anda bergaul dengan
orang-orang yang berjaya dan jujur, anda dipengaruhi oleh kejayaan dan
kejujuran mereka, bolehkah anda memberi sedikit gambaran tentang masa depan anda.
Pengaruh sekarang boleh mengubah keadaan anda sekarang dan akan datang.
Jadi, cara terbaik ialah – lihat dengan siapa kita bergaul setiap hari kemudian
tanya kepada diri sendiri apakah bentuk masa depan yang kita ingini. Selepas
itu buat perbandingan – sesuaikah
pergaulan saya hari ini dengan masa depan saya?
Wallahu alam
Idris Mohd Said
100 warisan hikmat, 2006
No comments:
Post a Comment