Hikmat 98
Masalahnya, kebanyakan orang
hanya menumpukan kepada pintu yang masih tertutup hingga menyebabkan terlupa
kepada puluhan pintu lain yang terbuka luas. Inilah selalunya yang terjadi pada
kita. Kita lebih menumpukan kepada yang tiada berbanding yang ada. Itulah
lumrahnya.
Satu pintu tertutup, tak
semestinya semua tertutup. Hanya bergantung pada satu pintu yang tertutup itu
adalah kesilapan besar, sedangkan ada berpuluh pintu dan tingkap lain terbuka.
Disinilah pentingnya persepsi yang luas atau pemikiran terbuka. Jika persepsi
sempit dan pemikiran tertutup, memanglah tidak Nampak pintu-pintu lain yang
terbuka, hanya tertumpu pada pintu yang tertutup.
Fokus juga memainkan peranan
sangat penting. Apa yang difokus, itulah yang diperolehi. Jika memfokus pada
pintu yang tertutup, memang sepanjang masa hanya tertumpu dan memperoleh pintu
yang tertutup itu. Memang agak pelik, jika ada banyak pintu lain, menumpukan
kepada pintu yang terttutup dengan harapan ia akan terbuka. Mengapa tak masuk
melalui pintu yang terbuka? Kerana tak Nampak? Mengapa tak Nampak? Kerana
focus, tumpuan hanya tertumpu pada pintu yang tertutup. Ini ditambah lagi
dengan sikap bodoh sombong enggan percaya ada berpuluh-puluh pintu lain yang terbuka
luas. Seolah-olah hanya ada satu jalan khusus sahaja di dunia ini. Inilah
akibatnya bodoh sombong – sudahlah bodoh, sombong tak nak belajar, tak nak
diajar oleh orang yang jujur dan lebih tahu.
Menumpukan hanya kepada pintu
yang tertutup akan menyebabkan tak nampak kepada puluhan pintu lain yang
terbuka luas.
Warisan hikmat ini juga membawa
maksud supaya jangan sekali-kali mengatakan jalan dan cara sudah habis, sudah
tak ada lagi. Kata-kata itu memprogramkan diri sendiri dan orang-orang lain
yang di sekitar supaya berputus asa -
sikap yang paling keji tetapi menjadi
amalan utama manusia zaman sekarang. Bila melihat satu pintu telah tertutup,
dengan serta merta percaya semua pintu lain tertutup. Kepercayaan dan anggapan
sendiri yang dibuat secara tergesa-gesa sebelum meninjau dengan teliti terlebih
dahulu.
Putus asa bukan pegangan orang yang
sedang berusaha membina kejayaan. Ia adalah pegangan rasmi orang yang menyukai
kegagalan sepanjang hayat.
Wallahu alam
Idris Mohd Said
100 warisan hikmat, 2006
No comments:
Post a Comment