Thursday, November 28, 2013

Jika tidak maju ke depan, kita berundur ke belakang


Hikmat 89

Jangan fikir jika tegak sahaja akan kekal di tempat asal.Anggapan yang salah. Jangan fikir diri sudah stabil dan berhenti dari bergerak maju ke depan. Menganggap diri sudah stabil adalah kesilapan besar. Bila berdiri tegak sama ada kerana menganggap diri sudah stabil atau kerana malas hendak maju ke depan, apa akan terjadi seterusnya? Ditinggalkan oleh suasana dan keadaan sekeliling menjadikan ketinggalan di belakang.

Jadi, tidak ada pilihan lain selain memilih untuk ke depan atau berundur ke belakang. Tidak ada tegak di tengah kerana dengan berdiri tegak di tengah akhirya membawa juga ke belakang. Tidak ke depan, pasti akan ke belakang – itu saja opsyen yang ada.

Dunia ini bergerak ke depan. Walau pun bukan kehendak anda, bila anda berhenti tegak, anda akan berundur ke belakang kerana ditinggalkan keadaan. Bukan anda yang berundur ke belakang tetapi anda ketinggalan di belakang ditinggalkan oleh dunia yang sedang bergerak ke depan.

Ramai yang menyatakan diri sudah stabil, sedangkan kata-kata itu mengandungi bahaya. Sememangnya anda tidak boleh berada di dua tempat serentak. Jadi, pilih untuk maju ke hadapan kerana sekiranya tidak memilih untuk ke depan, bersedialah untuk terbawa ke belakang.

Wallahu alam

Idris Mohd Said
100 warisan hikmat, 2006

No comments:

Post a Comment