Monday, November 11, 2013

Wang dan si bodoh berpisah segera

Hikmat 34

Bila si bijak memegang wang, dari sedikit boleh menjadi banyak, sebaliknya bila si bodoh memegang wang, dari banyak boleh menjadi sedikit hingga akhirnya menjadi kosong dan terpaksa berhutang. Si bodoh memegang wang, sekejap saja wang tersebut di tangan. Dalam masa yang singkat tangan sudah kembali kosong.

Apa bezanya so bodoh dengan si pandai bila memegang wang? Kita lihat si bodoh dulu. Dalam pemikiran so bodoh, bila memegang wang hanya satu sahaja yang ada: membelanjakannya. Keghairahan dan keseronokannya ialah pada membelanjakan. Hanya itu saja yang berada di dalam pemikiran si bodoh bila memegang wang. Lagi satu, dia tak tahu membezakan antara keperluan atau kemahuan. Seandainya si bodoh menjalankan perniagaan, segera perniagaan tersebut hancur.

Si pandai pula berbeza. Dia tahu membezakan antara kemahuan atau keperluan. Bahkan keperluan pun berperingkat-peringkat – ada yang boleh disegerakan dan ada yang boleh ditangguhkan. Kalau keperluan pun boleh ditangguhkan, apatah lagi kemahuan. Itulah akal si pandai. Akal si pandai pula dipenuhi dengan bagaimana cara untuk menggandakan wang tersebut, RM1 dijadikan RM2, RM10 dan seterusnya.

Si pandai percaya, wang datang seperti semut dan pergi seperti ribut. Sebelum ia pergi seperti ribut, lebih baik berhemat dan bijak mengendalikan wang. Si bodoh tak akan peduli sama ada wang datang perlahan-lahan dan pergi dengan lajunya; baginya yang utama ialah memenuhi nafsu berbelanja – yang ada di tangan dihabiskan segera, esok lain bicara.

Wallahu alam

Idris Mohd Said
100 warisan hikmat, 2006

No comments:

Post a Comment