Hikmat 37
Penipu kerjanya memang mencari mangsa baru dan lama untuk ditipu. Itu saja
yang diusahakan sepanjang masa. Kita inilah yang perlu sentiasa berwaspada agar
tidak terkena tipu. Mereka yang menjadi mangsa tipu selalunya adalah mereka
yang tidak tahu, tidak berwaspada dan tidak berhati-hati. Selalunya juga adalah
orang yang tidak pernah belajar dari kesalahan lalu. Tak ketinggalan juga
adalah orang yang ghairah hendakkan sesuatu tanpa memikirkan sama ada ia benar
atau sekadar fantasi.
Jadi, bila kita tertipu, salah siapakah? Salah kita sendiri kerana kita
enggan ambil tahu, enggan berwaspada dan berhati-hati, bahkan kadang-kadang
kita cepat ghairah hendakkan sesuatu menyebabkan terpedaya. Jangan salahkan
penipu sebab itu memang sudah tugas dan kerjanya atau kerjayanya. Salah kita
sendiri kerana tidak mahu mengenali penipu dan membiarkan diri ditipu.
Bahkan ada orang yang telah ditipu berkali-kali, namun tak pernah serik dan
masih lagi boleh kena tipu berkali-kali lagi. Jadi siapa sebenarnya yang
bersalah? Yang menipu atau yang kena tipu?
Bagaimanapun, semestinya, hendaklah kita meningkatkan pengetahuan dan
waspada kita, kerana penipu semakin hari semakin kreatif. Penipu sudah tahu
kebanyakkan orang makin pandai dan sukar ditipu, kerana itulah mereka pun
meningkatkan kepandaian mereka menipu, kerana itulah dikatakan, penipuan
semakin kreatif. Jika anda
tidak terus selari meningkatkan waspada anda, sudah tentu anda akan menjadi
mangsa.
Selagi masih ada yang boleh ditipu, selagi itulah akan sentiasa ada penipu.
Wallahu alam
Idris Mohd Said
100 warisan hikmat, 2006
No comments:
Post a Comment