Friday, November 29, 2013

Kucing bergaduh pulang tempang

Hikmat 96

Bila dua ekor atau beberapa ekor kucing bergaduh, tak ada yang menang. Masing-masing akan pulang dengan luka dan tempang. Jadi, apa faedahnya bergaduh? Tak ada faedah melainkan hanya mendapatkan keburukan sahaja. Tak ada yang menang, semuanya kalah dan hanya mendapat keburukan. Kalau kucing menerima akibat begitu, manusia pun sama saja kalau bergaduh. – tidak ada yang menang. Yang ada hanya kekalahan sahaja.

Jadi, jangan mulakan pergaduhan, pertengkaran dan yang seumpamanya. Jangan memulakan. Bagaimana jika ada yang memulakan? Lebih baik berdiam diri, jangan melawan kerana dengan melawan akan tercetuslah pergaduhan atau pertengkaran. Ia akan menambah satu lagi musuh. Siapa yang mengkehendaki musuh? Kita mahukan seramai mungkin sahabat. Satu musuh yang memusuhi kita cukup untuk menyusahkan hidup kita. Jadi, sebaik-bsaiknya elakkan pertengkaran, pergaduhan atau seumpamanya.
 
Kadang-kadang hanya satu perkataan dari mulut yabng sedang marah boleh menyebabkan pergaduhan, pertengkaran dan permusuhan. Menahan marah dapat menahan mulut dari mengeluarkan perkataan yang boleh mencetuskan pergaduhan, permusuhan. Hanya satu perkataan sahaja kadang-kadang boleh membina permusuhan yang berpanjangan seumur hidup. Memang amat merugikan.

Menang jadi arang, kalah jadi abu – sesuai menggambarkan dengan tepat kesan dari pergaduhan, pertengkaran, permusuhan. Menang atau kalah tetap akan mengalami kerugian. Tak ada yang menang dan kalau menang pun tak akan ada keuntungan. Rugi sepanjang masa.

Wallahu alam

Idris Mohd Said
100 warisan hikmat, 2006

No comments:

Post a Comment