Hikmat 68
Ibaratkan begini anda berjalan-jalan di kompleks membeli belah. Anda tidak
berminat dengan apa pun yang dipamerkan, sedangkan produk yang dipamerkan itu
memang menarik minat manusia biasa. Anda tidak berminat kerana apa yang
dipamerkan itu tidak menarik minat anda. Inilah yang dikatakan persepsi manusia
berbeza antara satu sama lain – apa yang menarik minat orang lain belum tentu
menarik minat anda, begitulah sebaliknya.
Persamaannya, apa saja yang anda usahakan, jika anda tidak berminat, tidak
akan menarik hati anda. Anda tidak akan melakukannya jika anda tidak berminat.
Jadi, punca adalah dari dalam diri anda sendiri – anda mestilah berminat untuk
melakukan sesuatu yang menarik minat anda. Tanpa minat, anda tidak akan
mendapat apa-apa kerana semua tidak menarik minat anda.
Jangan sia-siakan usia anda dengan mencari-cari apa yang menarik minat
sekiranya anda sendiri tidak berminat. Tentukan minat anda terlebih dahulu,
barulah anda akan menemui apa yang menarik minat anda. Jika tidak berminat,
walaupun terletak di depan mata, ia tidak akan dipedulikan.
Wallahu alam
Idris Mohd Said
100 warisan hikmat, 2006
No comments:
Post a Comment