Hikmat 85
Kemampuan sahabat, kawan, kenalan yang utama ada dua – sama ada menaikkan
atau menenggelamkan, Sama ada menarik anda ke atas atau menolak anda ke bawah.
Banyak sudah terjadi di sekeliling kita ini, sahabat yang disanjung, dihormati
akhirnya menolak sahabatnya ke bawah menyebabkan tenggelam. Dan jangan lupa, banyak sudah sahabat yang
disahkan mampu menarik sahabat lain ke atas.
Sekali lagi, jangan tersalah pilih sahabat sebagaimana kisah remaja yang
mencuri di kedai. Seorang kawan yang seumur hidup tak pernah mencuri telah
mengikut berjalan-jalan di kompleks. Sampai di kompleks, kawan yang kaki
mencuri telah mencuri dan melarikan diri bila perbuatan kejinya disedari oleh
tuan punya kedai. Kawan yang tak pernah mencuri terpinga-pinga dan tergamam
melihat kawannya melarikan diri. Dia tak perlu melarikan diri kerana tak
berbuat salah. Tuan punya kedai menangkap kawan yang tak mencuri kerana dia
dilihat bersama dengan yang mencuri. Yang tak bersalah disyaki bersalah kerana
bersama dengan orang yang bersalah. Sahabat, kawan, kenalan ibarat air yang
mapu mengapungkan atau menenggelamkan kapal.
Orang yang menjadi jahat adalah kerana kawan, orang yang menjadi baik pun
kerana sahabat. Penghuni penjara juga kerana sahabat, penghuni banglo pun atas
bantuan sahabat.
Sekali lagi, jangan tersalah pilih kawan kerana ia boleh menyebabkan anda
terpesona dan meluncur ke bawah. Pilih hanya sahabat yang boleh mengapungkan
anda. Anda berhak memilihnya.
Wallahu alam
Idris Mohd Said
100 warisan hikmat, 2006
No comments:
Post a Comment