Hikmat 51
Datangnya masalah adalah bersama
penyelesaian. Yakinlah. Ramai yang kurang percaya dengan kenyataan ini dan
menganggap masalah adalah masalah, bukannya penyelesaian yang tersembunyi.
Buktinya mudah – betapa banyaknya
masalah dari zaman dahulu telah berjaya diselesaikan, bermakna, datangnya
masalah adalah bersama penyelesaiannya. Masalah juga adalah ujian, untuk
menguji sejauh mana kekuatan dan kesabaran anda. Setiap masalah yang berjaya
diselesaikan akan meningkatkan lagi kebijaksanaan, kekuatan dan kesabaran anda.
Jadi masalah sebenarnya menguntungkan jika dihadapi. Masalah pasti dapat
diatasi kerana ia datang bersama penyelesaiannya. Hanya orang yang tak faham
saja akan menggelabah, keluh kesah dan berputus asa bila didatangi masalah.
Orang yang bijak dan faham akan menyambut masalah dengan senyuman kerana di
sebalik masalah tersebut ada penyelesaian dan menyelesaikan masalah menambah
kekuatan dan kebijaksanaan dan kesabaran.
Jadi tepatlah, masalah ada penyelesaian. Cuma ia berada di
dalam gelap, tidak kelihatan. Jika penyelesaianya kelihatan, tak payahlah ia
dipanggil masalah. Jadi lain kali, jika menghadapi apa saja masalah, percayalah
memang sudah tersedia penyelesaian bersama masalah tersebut. Jangan sekali-kali
takut untuk menghadapi masalah kerana bersamanya adalah penyelesaian dan
keuntungan. Tentu anda tidak mahu melepaskan keuntungan.
Wallahu alam
Idris Mohd Said
100 warisan hikmat, 2006
No comments:
Post a Comment