Sunday, November 17, 2013

Tidak mengalah! Jatuh, bangun kembali

Tabiat 13

Seorang pemuda dari kampong ingin mencuba nasib di bandar raya besar Tokyo, Jepun. Kelayakannya hanya sebagai buruh binaan untuk membuat bangunan dan kerja-kerja kasar lain. Pada satu malam pemuda ini berfikir panjang sambil meletakkan tangannya di atas dahi mengenangkan keadaan hidupnya.

Pemuda ini memasang azam dan impian untuk menjadi orang besar suatu hari nanti. Pagi dia bekerja, sementara pada waktu malam dia belajar dari peringkat menengah hingga berjaya ke universiti dan memperolehi ijazah yang diidamkannya.

Pemuda ini  ingin melakukan sesuatu untuk negaranya. Lalu beliau menceburi bidang politik dengan menjadi ahli biasa sebuah parti. Usaha dan kesetiaannya kepada parti telah menarik keyakinan ahli dalam parti untuk memberi penuh keyakinan kepada beliau untuk menjadi presiden mereka.

Dalam suatu pilihan raya yang disertai, partinya telah menang tetapi tidak dapat memerintah Jepun. Strategi seterusnya ialah mengumpulkan seluruh keyakinan dirinya untuk berjumpa dengan ketua parti-parti kecil dan menyakinkan mereka untuk bergabung. Usahanya berhasil. Akhirnya pemuda ini menjadi Perdana Menteri Jepun. Pemuda itu ialah Kakue Tanaka.

Kegagalan adalah asam garam orang yang berusaha. Kegagalan milik orang yang berputus asa dan tidak ada semangat  melawan. Kegagalan adalah racun terbaik untuk menghalang usaha anda meraih semua impian anda. Sekali gagal tidak bererti akan gagal selama-lamanya.

Wallahu alam.

19 Tabiat Kuasa Perubahan
Zahir Zainudin & Amaludin Ab Rahman, 2008

No comments:

Post a Comment