Tuesday, November 12, 2013

Tiada permulaan, tiadalah pengakhiran

Hikmat 41

Warisan hikmat ini adalah peringatan penting yang hanya mahukan kejayaan, harta, kewangan tetapi tidak pernah memulakan usaha ke arah apa yang dikehendaki. Memang boleh memperolehinya tetapi hanya di alam angan-angan sahaja. Di alam nyata, tak mungkin ada pengakhiran tanpa permulaan.

Ia ibarat buku, bagaimana anda akan faham ceritanya jika tidak membaca permulaannya. Tiada permulaan, tiadalah pengakhiran. Tidak aka nada langkah yang beribu-ribu tanpa langkah pertama. Langkah pertama penting, langkah-langkah berikutnya pun penting, bahkan semua langkah menuju ke arah pengakhiran adalah penting kesemuanya namun mengatasi kesemuanya dari segi kepentingan ialah langkah pertama.Benarkah langkah pertama menentukan matlamat (pengakhiran)? Tidak semestinya benar – tetapi yang pasti, jika tidak ada langkah pertama mustahil akan ada pengakhiran.

Setiap langkah yang diambil selepas langkah pertama yang sangat penting itu hendaklah dijurus kepada matlamat. Jadi langkah-langkah anda tidak akan melencong ke arah lain sebaliknya akan terjurus kepada matlamat. 

Wallahu alam

Idris Mohd Said
100 warisan hikmat, 2006

No comments:

Post a Comment