Tabiat 18
Seorang bekas saintis dan penceramah bernama Muhamad
al-Mahdi, tidak percaya pada kewujudan Tuhan. Jika orang terakhir dalam dunia ni yang hendak percayakan Tuhan,
berkemungkinan dia adalah saya, kata Muhammad kepada lebih 500 orang pelajarnya
di AS. Hidayah Allah datang padanya. Iltizamnya pada Islam menjadikannya tenang untuk menemui pencipta.
Beliau mempunyai tiga PhD, tenang
menghadapi barah hati yang telah merebak ke tulang belakangnya. Dalam buku
terbarunya beliau telah menulis:
Saya didapati mengidap satu penyakit yang membawa maut pada pertengahan
tahun 2003 dan dikatakan mempunyai tiga bulan sahaja untuk hidup. Kini dua
tahun telah berlalu, saya bersyukur kepada Allah swt kerana masih hidup dan
boleh menulis buku ini. Saya berasa selesa kerana tidak lama lagi akan meninggalkan
dunia yang fana ini tetapi saya ingin pastikan sisa-sisa masa saya yang tinggal
ini saya dapat melakukan sebanyak mungkin untuk memastikan segala usaha yang
telah saya lakukan selama ini boleh dimanfaatkan oleh masyarakat. Saya harap
masa yang sukar bagi saya untuk bertemu dengan Islam ini dapat dipercepatkan
dengan membaca buku saya. Tidak semua yang ada masa, kecenderungan dan peluang
untuk mengorbankan keseluruhan hidupnya untuk belajar.
Muhammad al-Mahdi adalah contoh
di mana perubahan yang dialami memberi kekuatan kepadanya untuk membuat
perubahan yang lebih besar, bermakna dan memberi manfaat kepada semua orang.
Anda
mesti mempunyai ciri-ciri termostat; sentiasa sensitif dengan perubahan. Alam
tidak pernah menolak hujan dan kemarau tetapi menyesuaikan diri dengan
kelembapan dan kepanasan. Anda juga harus bersifat begitu.
Wallahu alam.
19 Tabiat Kuasa Perubahan
Zahir Zainudin & Amaludin Ab
Rahman, 2008
No comments:
Post a Comment