Hikmat 76
Lebih tepat lagi, sebaik sahaja anda mengenakan, menjatuhkan, mencantas
orang lain, anda akan kerugian. Rugi masa, tenaga, wang kerana menjatuhkan,
mencantas, mengenakan orang lain adalah memakan belanja, masa, tenaga. Tidak
percuma. Yang paling utama anda kerugian masa depan kerana perbuatan itu akan
terbalas juga pada suatu hari nanti. Kalau bukan terbalas oleh orang yang
dijatuhkan, ia akan terbalas oleh orang lain.
Bukankah lebih baik kalau wang, perbelanjaan, masa, tenaga, idea itu
digunakan untuk meningkatkan pencapaian diri. Itu sejuta lebih baik dari mengunakan untuk
merosakkan orang lain. Belum tentu akan berjaya tetapi dosa telah diambil
terlebih dahulu. Belum tentu boleh berjaya tetapi awal-awal lagi sudah
kehilangan wang, tenaga, masa. Kalau pun berjaya ia tidak dianggap berjaya
sebaliknya ia adalah kegagalan yang diambil lebih awal dan menyusul nanti
balasan-balasan yang akan diterima akibat merosakkan hidup orang lain.
Selain dari itu, apa yang diperolehi? Mengenakan orang untuk menaikan diri
sendiri tidak mungkin akan kekal. Suatu hari terdekat pasti akan jatuh lebih
dahsyat dari orang yang dijatuhkan. Itulah yang selalunya terjadi.
Kepuasan? Mungkin terasa puas bila melihat orang yang djatuhkan tersungkur.
Tapi benarkah berpuas hati? Untuk sementara adalah mungkin tetapi untuk jangka
panjang ia menyeksa diri kembali. Diri sentiasa dirundung rasa bersalah selama
hayat dikandung badan.
Sesungguhnya, banyak keburukan, kebusukan, kerugian berpanjangan bahkan
sepanjang hayat, bila kita merosakkan orang lain. Jadi jangan dilakukan. Bahkan
jangan cuba-cuba melakukan.
Wallahu alam
Idris Mohd Said
100 warisan hikmat, 2006
No comments:
Post a Comment