Sunday, November 17, 2013

Cara berbeza bagi perkara yang sama


Tabiat 16

Jundub bin Janabah, atau Abu Zar, salah seorang sahabat rasulullah saw itu  berketurunan Bani Ghifar, sebuah kabilah Arab yang terkenal kerana suka merompak. Aktiviti itu menjadikan mereka sangat keras, tidak boleh dipercayai dan amat berbahaya. Mereka amat digeruni. Namun Abu Zar seorang yang berbeza, jiwanya sangat sensitif. Beliau berhasrat untuk menemui nabi Muhammad saw dengan berjalan ke Mekah seorang diri bagi memeluk Islam. Setelah itu beliau pun kembali kepada kaumnya yang jahil, ganas dan kejam, menyeru mereka kepada agama sucinya itu. Tiada istilah kecewa dan putus asa. Dakwahnya sangat hebat dan mantap. Akhirnya, seluruh bani Ghifar menerima cahaya Islam.

Kesungguhan dan keikhlasan Abu Zar yang berjaya dan cemerlang itu dipuji oleh rasulullah saw ; Bani Ghifar telah diampuni Allah dan Bani Aslam telah mendapat kesejahteraan daripada Allah.

Cara yang berbeza akan memberikan keputusan yang hebat. Berfikir dengan perspektif berbeza membantu dunia melihat anda sebagai seorang yang istimewa. Anda juga mampu menjadikan hidup anda umpama “ Hari ini dalam sejarah”.

Wallahu alam.

19 Tabiat Kuasa Perubahan
Zahir Zainudin & Amaludin Ab Rahman, 2008

No comments:

Post a Comment