Hikmat 67
Hakikatnya, kekalahan, kegagalan memang pahit, memang mengecewakan tetapi
itu jika anda menelannya – atau mengakuinya, menganggapnya sebagai penamat. Ia akan menjadi seperti tidak ada apa-apa
terjadi jika anda tidak menelannya.
Bahkan kegagalan, kekalahan itu penting kerana ia menjadi sebahagian dari
keperluan untuk mencapai kejayaan. Jadi, walaupun ia dianggap pahit, sebenarnya
ia adalah manis. Ia umpama ubat yang pahit tetapi menyembuhkan penyakit.
Kegagalan juga menjadi penilai sejauh mana usaha anda, adakah ia
mendatangkan kejayaan atau sebaliknya. Kegagalan juga disahkan sebagai pengukur
diri anda, kerana orang yang tidak pernah mengalami kegagalan adalah orang yang
tidak melakukan apa-apa. Orang yang hanya mengalami kegagalan – kegagalan kecil
sebenarnya tidak berusaha dengan bersungguh-sungguh.
Kesimpulannya – jangan telan kegagalan. Sebaliknya anggap ia sebagai
pendidikan penting dan kayu pengukur untuk mengukur sejauh mana usaha anda,
sekuat mana keupayaan anda. Jika anda menelannya, ia akan menghalang usaha
anda.
Wallahu alam
Idris Mohd Said
100 warisan hikmat, 2006
No comments:
Post a Comment