Tuesday, November 12, 2013

Mendung di pagi hari tidak membayangkan mendung sepanjang hari

Hikmat 42

Bila anda mengalami sedikit masalah atau keadaan yang tidak seperti diharapkan, tidak semestinya anda akan mengalami keadaan yang sama pada pertengahan dan penghujung. Pagi ini nampak mendung,  bagaimana dengan tengah hari dan petang nanti. Kita tidak tahu, mungkin akan mendung juga atau akan panas terik. Jadi, janganlah dengan pasti mengatakan pertengahan dan penghujung akan sama saja dengan permulaan. Jangan dengan begitu pasti mengatakan tengah hari dan petang ini akan mendung dan hujan lebat berdasarka suasana pagi ini yang mendung.

Selalunya begitu, permulaan yang kurang menyerlah dijadikan alasan untuk tidak meneruskan usaha, sedangkan tidak tahu lagi apa potensi yang menunggu di sebalik permulaan yang kurang menyenangkan itu. Kadang-kadang bahkan selalunya di sebalik mendung adalah matahari yang menyinar. Tak mungkin akan merasai matahari yang menyinar jika berundur setelah terlibat mendung dan meramalkan bahawa sepanjang hari akan mendung.

Banyak perkara dan kebaikan yang menunggu di hadapan sana terbiar begitu sahaja kerana percaya apa yang dialami pada permulaan akan kekal sampai ke penghujung.

Memanglah permulaan itu selalunya tidak menyerlah atas banyak sebab. Antaranya ialah kurang pengetahuan, pengalaman, ilmu dan kerjasama. Tapi, apa yang utama sekali ialah meneruskan, bukan berundur bila permulaannya tidak seperti yang diharapkan.

Wallahu alam

Idris Mohd Said
100 warisan hikmat, 2006 

No comments:

Post a Comment