Hikmat 82
Apa sebenarnya yang merugikan bila senyum? Tak ada. Sebaliknya adalah
keuntungan. Apa yang untungnya dengan bermuram? Tak ada sebarang keuntungan
melainkan kerugian yang berterusan.
Seseorang berkata, bila tersenyum, mulut melengkung ke atas, memudakan
menadah rezeki yang jatuh dari atas; bila muram, mulut melengkung ke bawah
menjadikan rezeki bolos ke bawah. Banyak kebenarannya.
Kebenarannya, bila anda senyum, anda disukai kerana senyum itu melambangkan
kemesraan, persahabatan. Dengan senyuman itu terbina suasana harmoni. Dari situ
tercipta suasana persahabatan dan silaturahim yang mana anda tahu, semakin
ramai kenalan anda, semakin erat silaturahim, semakin bertambah rezeki kerana sejak
purbakala telah diketahui bahawa rezeki sentiasa berjalan dari tangan ke tangan
– dari kawan kepada kawan.
Bila bermuram, terciptalah seperti suasana permusuhan dan ketegangan.
Menguntungkan? Ia amat merugikan! Tidak ada manusia yang boleh hidup bersendirian.
Jadi, anda memerlukan orang ramai di sekeliling anda untuk bekerjasama.
Bermuram adalah seperti menghalau orang ramai; senyuman pula seperti menjemput
orang ramai.
Susahkah senyum? Amat mudah. Susahkah bermuram? Agak susah untuk bermuram.
Kalau ada yang mudah dan menguntungkan mengapa diamalkan yang susah dan
merugikan? Bijakkah kita jika memerlukan kejayaan, kekayaan tetapi dalam masa
yang sama menghalau orang ramai dari kita.
Wallahu alam
Idris Mohd Said
100 warisan hikmat, 2006
No comments:
Post a Comment