Friday, November 15, 2013

Kehebatan Ya

Tabiat 5

Ya memberikan inspirasi, harapan, kekuatan dan keinginan. Ya menghadirkan sinar dan peluang untuk menzahirkan keyakinan diri yang sebenar. Pengalaman mengiktiraf Ya memberikan tenaga, cabaran dan melihat sesuatu secara positif.

Ya bukan hanya untuk menjawab soalan tetapi untuk dinyatakan pada impian, angan-angan dan kenangan indah. Ya untuk mengukuhkan hubungan sesama rakan, kerjaya dan persekitaran. Sesungguhnya Ya dan Jangan merupakan kuasa pengukuhan yang sangat hebat. Ia mengawal pemikiran, emosi, kehendak dan tindakan yang membuahkan hasil.

Mereka yang ingin berubah kerana empat alasan :

a) Gambaran yang jelas ke mana hendak pergi
Henry Ford (Ford Motor Company), Bill Gates (Microsoft Corporation), Larry Page dan Sergey Brin (Google) mempunyai kemampuan memandang ke hadapan. Gambaran kejayaan. Gambaran jutawan. Ia mencambahkan mood untuk maju, melakukan transformasi dan merealisasikan impian ke arah kejayaan.

b) Memberi jawapan kepada soalan
Jawapan kepada soalan pasti mengaktifkan minda untuk terus mencari dan mencari. Jawapan menguatkan semangat, bina tekad dan menyediakan harapan baru bagi diri sendiri.

c) Pernah mendapat kejayaan peribadi
Berubah untuk kejayaan.

d) Menerima hakikat perubahan sentiasa berlaku
Persekitaran berubah. Masa berubah. Semuanya berubah. Jaminan kerjaya dan keadaan hidup yang lebih stabil menjadi pilihan. Produk paling cepat berubah ialah teknologi. Ini disebabkan banyaknya kajian dan penyelidikan. Baru hendak mempelajari dan menyukainya, kita terpaksa mengadaptasi derap inovasi dan perubahan daripada perkembangan teknologi itu sendiri.

Kehebatan Ya akan benar-benar serasi jika………

Wallahu alam.

19 Tabiat Kuasa Perubahan
Zahir Zainudin & Amaludin Ab Rahman, 2008

No comments:

Post a Comment