Hikmat 47
Keinginan, kemahuan, impian kita
ialah laju, pantas, cepat, segera. Tapi bagaimana jika harapan dan impian itu
tidak tercapai, sebaliknya perjalanan (menuju kejayaan, misalnya) tersekat-sekat,
terumbang-ambing, keluar masuk ke landasan, apakah itu akan menyebabkan anda
berhenti?
Di depan kita hanya ada dua
matlamat. Sama ada gagal atau berjaya. Itu sahaja. Jika anda berhenti setelah
terhumbang, terpelanting, terapung-apung, anda akan sampai kepada kegagalan.
Jika anda meneruskan, insyaAllah, sama ada lambat atau cepat anda akan sampai
ke matlamat kerjayaan. Syaratnya jangan berhenti. Teruskan walau perlahan dan
merangkak. Jangan berasa risau kalau perlahan atau merangkak kerana pastinya
walaupun perlahan tetapi bergerak dan akan sampai ke matlamat, akhirnya.Ia
banyak persamaan dengan lakukan sedikit-sedikit setiap hari jauh lebih baik
dari melakukan banyak tetapi sekali- sekala.
Sebaliknya, risaulah kalau
kedudukan anda terhenti kerana pasti walaupun berhenti, dengan cepatnya anda
akan menuju kegagalan.
Tetapi risau saja tidak
mencukupi, melainkan anda melakukan sesuatu. Tetapi sebelum itu, anda mestiah
prihatin dan sensitif, tahu dengan tepat sama ada anda laju, perlahan atau
berhenti. Mendekatai atau ditinggalkan oleh matlamat. Jika tidak prihatin,
masakan anda tahu mendekati, menjauhi, berhenti, merangkak atau sedang laju.
Kita mahukan pantas, tapi tak
mengapa kalau perlahan kerana yang perlahan pasti akan sampai juga. Yang
berhenti pun akan sampai juga tetapi
sampai ke belakang atau kepada kegagalan.
Wallahu alam
Idris Mohd Said
100 warisan hikmat, 2006
No comments:
Post a Comment