Tuesday, November 19, 2013

Pasangkan pelita sebelum gelap

Hikmat  50

Mutiara hikmat ini sama erti, gali telaga sebelum kehausan. Bersedialah sesuatu yang tak diingini. Sesuatu yang pernah terjadi, pasti akan terjadi lagi. Kegelapan biasa terjadi, bersedialah dengan pelita, lilin, sebelum keadaan menjadi gelap. Jangan nanti bila telah gelap barulah tergesa-gesa mencari lilin, pelita. Biasanya sukar menemuinya kerana hari sudah gelap, tak nampak. Jika terlupa di mana meletakkannya, anda terpaksa pusing keliling mencarinya. Betapa untungnya anda jika telah menyediakan pelita dan memasang pelita sebaik saja hari hampir gelap.
 
Maksud lain ialah sentiasa bersedia dengan kegelapan yang bakal menimpa. Tidak ada ruginya bersedia dengan kelengkapan kerana kita tidak tahu bila kegelapan itu akan terjadi. Sama ada terjadi atau sebaliknya, bukankah lebih beruntung jika tersedia sedari awal, dibandingkan dengan tidak pernah bersedia langsung. Bukan kita mengharapkan kegelapan itu tetapi kita bersedia dengan kelengkapan yang sewajarnya untuk menghadapi kegelapan tersebut.

Jangan nanti bila telah terjadi barulah kelam kabut dan menyesal tak sudah. Jangan nanti bila sudah kehausan barulah sibuk hendak menggali telaga yang telah menyebabkan mati kehausan.

Wallahu alam

Idris Mohd Said
100 warisan hikmat, 2006

No comments:

Post a Comment