Showing posts with label Buku Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Buku Motivasi. Show all posts

Saturday, December 26, 2015

Kekayaan yang sebenar


Esei 100

Kesejahteraan tidak dapat diukur dengan sejumlah wang yang banyak mahupun kekayaan sebenar kita.Kekayaan tidak menjamin kesejahteraan.

1. Wang memberikan hanya sebahagian daripada kebahagiaan.
2. Beberapa benda yang paling bagus adalah percuma
3. Kebahagiaan adalah satu perilaku pengembaraa, bukan destinasi
4. Wang perlu digunakan untuk tujuan yang penting
5. Anda adalah lebih pengting daripada harta benda anda
6. Kemajuan peribadi; Charles Schultz menyatakan; kehidupan adalah sama seperti berbasikal dengan sepuluh kelajuan. Kebanyakan daripada kita mempunyai peralatan tetapi kita tidak menggunakannya.
7. Kualiti setiap pengalaman adalah penting

Kekayaan sebenar adalah seperti berikut:
1. Penemuan dan penghargaan semua kecantikan, keajaiban dan khazanah-khazanah di bumi
2. Satu kehidupan yang penuh dengan nilai-nilai moral, ideal tinggi, harapan dan impian-impian dan memuaskan hatinya.
3. Harmoni dan kekayaan dalam hubungan sesama manusia
4. Satu sikap mental yang positif, dengan fizikal yang cemerlang, kesihatan mental dan spiritual
5. Pilihan satu sebab yang lebih penting daripada anda
6. Kebebasan
7. Kerja, penghayatan, perlaksanaan dan ganjaran
8. Satu kehidupan yang penuh dengan kasih sayang, tabiat-tabiat baik dan kecemerlangan
9. Pengetahuan, kemahiran-kemahiran, kebijaksanaa dan mengimbangkan
10. Penggunaan paling sempurna dan keseronokan sumber dalaman dan luaran anda.

Lelaki dengan kekayaan yang sebenar menyatakan: Saya telah menggunakan semua bakat saya, keupayaan dan kekayaan untuk membawa kebaikan untuk diri,keluarga dan dunia saya. Bagi saya, saya telah menemui kekayaan sebenar saya. Keseronokan berpunca daripada menulis buku ini telah melimpah. Sekarang saya mempunyai teman di merata-rata tempat! Saya telah mengajar banyak perkara kepada anda. Saya telah mempengaruhi banyak kehidupan.

Wallahu a’lam.

Stephen W.K.Tan
100 esei Inspirasi & motivasi untuk pelajar

Monday, December 21, 2015

Kehidupan yang abadi

Esei 99

Robert Schuller mencatatkan dalam bukunya yang menarik The Be-Happy Attitudes; bahawa kebahagiaan adalah keindahan kepercayaan di mana dalam hidup ini, walau bagaimana susahnya ia, ianya bukan destinasi terakhir anda.

Biar kita berhenti sejenak untuk menghidu bunga-bunga dan merasai masa lampau, sementara kita melengkapkan diri kita dengan tabiat-tabiat baik dan sikap yang mulia dalam persediaan untuk menghadapi kehidupan abadi tersebut.

Beribu-ribu kematian singkat dan near death experience (NDE) yang dilaporkan kepada seluruh dunia telah menunjukkan kita satu kehidupan selepas mati. Nde ini telah menceritakan tentang orang yang telah meninggal dunia secara klinikal tetapi kemudiannya disedarkan semula.

Pengalaman kematian telah memberikan kepentingan kasih sayang dan memberi bantuan kepada yang lain.Mereka yang mengalami, mewujudkan keamanan dan memperkaya lain-lain akan diberikan ganjaran; kepada mereka yang merompak dan membunuh, dan merogol akan dihukum. Walaupun tanpa permulaan pengalaman tentang kematian, konsep ganjaran dan retribusi menyempurnakan perasaan.Ianya adalah ketidakadilan dan perbuatan salah yang begitu banyak berlaku di dunia bahawa perlu ada satu pengganti dan membuat peringkat sistem dalam sistem kosmik yang sempurna ini. Di samping itu, kita semua mempunyai suara hati yang dikurniakan Tuhan untuk menahan daripada kejahatan. Kita dapat merasakannya dan kita tahu kita tidak patut mencuri atau membunuh.

Bersedialah untuk kehidupan abadi iaitu kehidupan selepas mati,anda akan menghabiskan banyak masa di sana, dalam keabadian. Pemikiran menarik adalah bahawa: Selepas kematian kita akan bersatu semula dengan semua orang, terutama dengan orang yang kita kasihi. Syurga akan menjadi sebuah tempat keindahan berterusan, kebahagiaan lengkap, keselesaan yang kekal, abadi dan cinta yang kekal.

Wallahu a’lam.

Stephen W.K.Tan
100 esei Inspirasi & motivasi untuk pelajar

Saturday, December 19, 2015

Satu kewajipan moral untuk kemanusiaan

Esei 98

Penulisan yang cantik oleh William Penn meluaskan penghargaan dan tujuan kehidupan: Saya menjangkakan dan berharap untuk melalui kehidupan dengan penuh aman walaupun hanya sekali. Oleh itu, terdapat beberapa kebaikan yang dapat saya tunjukkan, atau setiap perkara yang baik yang boleh saya lakukan kepada saudara saya, biar saya lakukan sekarang, supaya saya tidak perlu melakukan perkara ini sekali lagi. Martin Luther King, Jr mengulangi sentimen ini: Persoalan kehidupan yang berterusan dan penting adalah, apa yang telah kita lakukan untuk orang lain.

Jadikanlah kehidupan kita berguna. Albert Einstein menyatakan: Hanya dengan membuat amal kebajikan pada mereka yang lain menjadikan kehidupan itu lebih bermakna.

Menjadi bertanggongjawab kepada orang lain adalah sebahagian daripada kejayaan sebenar, kekayaan dan kehebatan. Nabi Muhammad saw menyatakan: Kekayaan seseorang itu adalah sesuatu yang baik dan dia telah lakukan semasa di dunia ini.Ralph Waldo Emerson menambah: Lelaki yang terhebat dalam semua peringkat umur telah menjadi seorang kekasih. Semua golongan lelaki terdahulu telah melaluinya. Kepercayaan dan penghormatan dalam diri seorang lelaki telah dicirikan dengan benar tentang kehebatannya. Tambahnya: Untuk berkongsi dengan kerap dan banyak....untuk mengetahui walaupun satu kehidupan telah dapat dijalani dengan lebih mudah ialah apabila anda telah menjalani kehidupan tersebut. Ini adalah untuk dijayakan.

St Francis Assisi turut membuat satu penyataan misi untuk kita: Tuhan, berilah keamanan kepada diriku. Di mana ada kebencian buatkan saya menyemai cinta di situ; di mana ada kecederaan, di situ ada pengampunan, di mana ada waswas, di situ ada kepercayaan; di mana ada kekecewaan, di situ ada harapan; di mana ada kehitaman, di situ ada cahaya; dan di mana ada dukacita, di situ ada kegembiraan.

Wallahu a’lam.

Stephen W.K.Tan
100 esei Inspirasi & motivasi untuk pelajar

Friday, December 18, 2015

Lebih moraliti, kurang sengsara

Esei 97

Jonathan Swift mencatatkan: Tidak ada apa-apa yang begitu susah bagi mereka yang hidup mewah selain untuk bayangkan betapa susahnya hidup orang yang tidak begitu bernasib baik. Jurang pedapatan antara orang kaya dan miskin semakin luas dan melebar namun ramai tidak peka. Hari ini, cita-cita kejam dan kemerosotan akhlak adalah meluas. Di tengah-tengah kemewahan ekonomi, masih ramai dalam keadaan berlapar, bukan sahaja secara fizikal tetapi jiwa.

Kurangnya unsur kerohanian dapat disaksikan dalam perbelanjaan perlumbaan senjata global yang menghampiri US$1 trilion setahun! Ia adalah menggerunkan bahawa manusia yang lebih tahu dan lebih pintar daripada haiwan tetapi menggunakan senjata api dan bom bagi menyelesaikan masalah.Martin Luther mengeluh: Perang adalah wabak paling besar yang membawa penderitaan kepada manusia; ia membinasakan agama, negara dan keluarga.

Kesengsaraan muncul daripada:
1. Buta huruf
2. Kekurangan pemakanan dan rawatan kepada orang-orang tua yang berkesudahan dengan penyakit-penyakit dan kebuluran
3. Keluarga yang tidak keruan atau perkahwinan yang gagal
4. Konflik-konflik yang bersifat perkauman, wilayah dan politik
5. Ketidakadilan
6. Pengagihan pendapatan tidak seimbang dan kemiskinan

Sesuatu yang salah dari segi moral tidak boleh dipolitikkan menjadi betul. Terdapat banyak cabang kejahatan dan ini dipapari menerusi keganasan dalam media masa.Apakah bentuk budaya yang hendak dipamerkan, untuk dibangunkan dan untuk disimpan! Kesan terhadap masyarakat adalah amat menggerunkan. Di sinilah benih kesengsaraan telah disemai!

Kini adalah masa untuk kita berkawan dengan kebaikan dan membuang yang salah dan mengajar kewajaran untuk orang tua dan muda. Pengiktirafan moraliti hanyalah separuh daripada pertempuran, amalan dan kesempurnaannyalah yang dapat melengkapkan misi dunia kita. Adalah tidak bernilai mempunyai kemewahan tanpa matlamat dan kemakmuran tanpa tujuan menjadi tidak bererti. Biar kita mempunyai persaingan yang sihat daripada lebih suka mendengki;kemurahan hati daripada ketamakan, persefahaman, pendamaian dan kemaafan daripada mencurigakan, dendam dan perang.Mari kita membuat satu usaha yang bersepadu ke arah kesejahteraan sosial dan keamanan dunia. Kita perlu menyelesaikan isu-isu alam sekitar, mengekalkan habitat hijau, membenteras penyakit dan kebuluran, kemiskinan dan kelaparan dan menyelesaikan pertikaian dan konflik-konflik.

Kita berharap dengan bersungguh-sungguh agar tidak lama lagi manusia akan berlumba-lumba mencari beberapa jenis pemulihan spiritual dengan satu banjir kebaikan, muhibah dan cinta, satu keluarga dunia dan persaudaraan manusia, perpaduan pelbagai agama untuk menyebarkan moral dan untuk berdoa dalam serentak. Masanya akan tiba!

Wallahu a’lam.

Stephen W.K.Tan
100 esei Inspirasi & motivasi untuk pelajar

Wednesday, December 16, 2015

Membina keseimbangan, kebijaksanaan dan nilai kejayaan

Esei 96

Kita akan mencapai satu keseimbangan yang sempurna samada cepat atau lambat terutamanya pada 3 bidang utama iaitu keluarga, kerja dan aktiviti-aktiviti masa lapang. Dalam membina keseimbangan, pertumbuhan bukan kesempurnaan, disiplin bukan ketegaran sepatutnya dijadikan matlamat. Pilihlah keutamaan yang betul  dan memuaskan keperluan sendiri serta orang lain secara harmoni.

Kebijaksanaan lahir daripada sikap yang baik, pengetahuan, pengalaman dan taakulan.Hail ini membawa kesopanan, kebijaksanaan dan wawasan. Manakala asas untuk kebajikan adalah persefahaman, penghargaan dan muhibah.Lebih mulia seseorang itu semakin kurang kesombongan dirinya.Keangkuhan adalah bagaikan pasir jerlus bagi kejayaan.Tidak ada siapa yang berjaya dengan bersendirian atau juga terus hidup bersendirian.

Menurut Washington Irving: Satu kebaikan hati yang tidak terhad merupakan satu daripada hadiah-hadiah syurga yang paling berharga, menyebarkan dirinya seperti minyak di lautan pemikiran yang bermasalah, menjadikan minda lancar dan sedia untuk digunakan dalam cuaca yang buruk. Kelembutan dan toleransi menghasilkan keajaiban dan selalunya beriringan dengan disiplin diri; semuanya adalah permata-permata mahkota dalam perwatakan seseorang.

Wallahu a’lam.

Stephen W.K.Tan
100 esei Inspirasi & motivasi untuk pelajar

Monday, December 14, 2015

Mengekalkan awet muda

Esei 95

Penuaan adalah satu proses biologi yang sangat kompleks dan proses mengenal pasti segala faktor yang menyumbang kepada kesejahteran fisiologi hendaklah ditetuskan.Antioksidan dipercayai memperlahankan penuaan dan ditemui dalam nutrien yang perlu seperti vitamin-vitamin A,B,C,E, beta karoten, manganese, zink dan selenium.
 
Beberapa perkara yang perlu diberi perhatian ialah:
a) Pemakanan
b) Senaman, tidur dan berehat
c) Pemikiran-pemikiran, jangkaan dan kecenderungan
d) Tabiat-tabiat dan gaya hidup
e) Kesejahteraan rohani dan emosional
f) Kerap menggunakan separa sedar

Jangan beraksi mengikut umur! Kita tidak dapat menahan tahun-tahun yang berlalu tetapi kita boleh berkembang dengan keanggunan dan gaya menarik. Proses penuaan masih boleh ditangguh. Jika pun kita tidak boleh memperlahankannya, kita masih boleh dapat menikmati setiap minit daripadanya!.

Sikap ingin tahu yang tidak pernah putus adalah penting untuk mengekalkan kemudaan. Sikap tidak acuh bermakna akan cepat nyanyuk.
Dr Maxwell Maltz

Wallahu a’lam.

Stephen W.K.Tan
100 esei Inspirasi & motivasi untuk pelajar

Friday, December 11, 2015

Sinergi berkuasa tenaga sumber

Esei 94

Thomas Edison yang hebat membuat pemerhatian: Jika kita semua melakukan kesemua benda yang kita berkebolehan membuatnya, kita akan secara literal memperhebat diri kita. Apa gunanya memiliki keupayaan jika kita tidak menggunakannya? Sepatutnya kita melangkah selanjutnya bagi menggunakan keupayaan itu secara bersepadu!
Biar kita pasangkannya menjadi satu jentera kejayaan yang mengabungkan kuasa untuk mencapai matlamat lebih besar. Di sini kita mempunyai sinergi. Apa yang berlaku sekarang dengan meluasnya mengiktiraf bahawa keseluruhan adalah melebihi jumlah bahagian. Dari segi teknik, jika satu alur menyokong satu tan, 4 pancaran boleh menyokong 5 tan atau lebih.

Dengan kata lain, dua orang pemenang yang berkerja bersama-sama dapat mencapai kejayaan yang lebih besar daripada mereka jika sekiranya bekerja secara individu, terutamanya jika fungsi-fungsi mereka saling membantu antara satu sama lain. Satu peribahasa Sweden menjelaskan ketika ini dengan indah: Apabila seorang buta membawa seorang lelaki tempang, kedua-duanya dapat bergerak ke hadapan.

Wallahu a’lam.

Stephen W.K.Tan
100 esei Inspirasi & motivasi untuk pelajar

Wednesday, December 9, 2015

Personaliti Berjaya

Esei 93

Kita melihat dengan jelas apakah personaliti yang berjaya. Dia bersikap positif,berharap, berkeinginan besar, baik dan berani, memancar keceriaan dan cahaya matahari ke mana jua dia pergi. Kelakuan, ucapan, imej dan sikap tenang menunjukkan ketinggian, keluasan dan kedalaman kebijaksanaanya, pengetahuan, pengalaman dan kemajuan.

Seluruh dunia memberi laluan untuk terus bergerak maju. Komposisinya dapat ditandakan oleh abjad-abjad dalam perkataan SUCCESS = KEJAYAAN.

S
Self image ( Imej kendiri)
U
Unwavering goals and direction (Matlamat dan hala tuju yang kukuh)
C
Control of self and life (Penguasaan diri dan kehidupan)
C
Competence and courage (Kecekapan dan keberanian)
E
Enthusiasm (Semangat)
S
Self-stater (Pencetus kendiri)
S
Special efforts towards excellence (Usaha luarbiasa untuk menuju kecemerlangan)

Wallahu a’lam.

Stephen W.K.Tan
100 esei Inspirasi & motivasi untuk pelajar

Monday, December 7, 2015

Kepimpinan

Esei 92

Pemimpin yang baik adalah:
1. Seorang pemimpin berbeza daripada seorang pengurus
2. Seorang ketua baik mempunyai wawasan
3. Dia mempunyai intergriti dan watak
4. Dia berkomunikasi dengan jelas dan berpengaruh
5. Dia respons kepada perubahan
6. Dia menunjukkan contoh yang baik
7. Seorang pemimpin mempunyai minda positif dan berdisiplin
8. Dia adalah pintar
9. Dia mempunyai keberanian yang kukuh
10. Pemimpin sebenar mengiktiraf sumber manusia dan mempunyai kemahiran-kemahiran kemanusiaan.
11. Mempunyai arah
12. Perkasakan lain-lain secara berterusan, dengan penghargaan
13. Menunjukkan contoh terbaik
 
Seorang pemimpin juga melahirkan lebih ramai pemimpin, bukan setakad pengikut sahaja.

Saya belajar bahawa seorang pemimpin yang hebat adalah seorang yang mempunyai kebolehan untuk membuat orang lain melakukan apa yang mereka tidak mahu lakukan dan menyukainya.
Harry Ruman, Presiden Amerika ke-33

Pemimpin atasan membuatkan sesuatu kerja dilakukan dengan gerakan yang sangat sedikit....Dia adalah satu pemangkin dan sungguhpun benda-benda tidak akan dapat dilaksanakan dengan sebaiknya apabila mereka berjaya dia tidak akan mengambil kepujian tetapi pujian tetap akan datang
Lao Tsu

Wallahu a’lam.

Stephen W.K.Tan
100 esei Inspirasi & motivasi untuk pelajar

Sunday, December 6, 2015

Negarawan model, penghormatan dan pengiktirafan


Esei 91

Anda mungkin tidak berupaya menguasai tempoh kehidupan anda tetapi anda boleh mengawal kelebaran, kedalaman dan ketinggiannya. Kehebatan bukan apa yang dalam milikan atau kuasa tetapi dalam keperibadian, kebaikan dan perkhidmatan untuk manusia. Keseronokan adalah sementara, penghormatan adalah abadi.

Ingatlah:
1. Teras anda dan watak anda
2. Reputasi baik adalah aset yang besar tetapi anda perlu mendapatkannya. Dalam analisis terakhir, siapa diri kita sebenarnya yang berkomunikasi lebih petah daripada apa yang dilafazkan atau lakukan. Anda boleh berkhutbah satu khutbah yang lebih baik dengan kehidupan anda sendiri daripada bibir anda.Lakonkan watak anda dengan penuh penghormatan. Kemasyhuran adalah satu wap, populariti satu kemalangan, kekayaan pula akan berterbangan. Hanya satu perkara yang bertahan – watak anda yang sebenarnya. Dalam soal gaya, berenang dalam arus; dalam soal prinsip, berdiri tegaklah macam batu.
3. Intergriti. Orang yang tidak jujur bergantung kepada satu benang, dia sentiasa mencari jalan keluar sedangkan masalahnya bertambah secara kompaun!
4. Imej anda. Harmoni dengan persekitaran
5. Kelakuan sempurna. Sopan santun yang paling halus dapat memaniskan kehidupan, sementara yang lebih besar dapat memuliakannya.
6. Kemahiran-kemahiran yang ada. Sesiapa yang paling sedikit membuat orang gelisah adalah yang terbaik dihasilkan oleh syarikat.
7. Sumber pancutan ilmu, kepakaran, keberanian dan kebijaksanaan.
8. Prestasi dan sumbangan. Buatkan kepada orang lain seperti anda mahu mereka buatkan kepada anda.

Confucius menyatakan terdapat tiga tanda lelaki hebat: Baik; dia bebas daripada kerisauan, bijaksana; dia bebas daripada kebingungan; berani, dia bebas daripada ketakutan.

Wallahu a’lam.

Stephen W.K.Tan
100 esei Inspirasi & motivasi untuk pelajar

Perubahan, peningkatan dan pertumbuhan berterusan


Esei 90

Kemajuan peribadi merujuk kepada memulakan perubahan dan membuat peningkatan-peningkatan secara fizikal, mental dan jiwa.Samuuel Johnson mengistiharkan: Kehidupan adalah satu perniagaan yang bergerak ke hadapan. Abraham Lincoln menyatakan: Saya tidak hairan seseorang yang kurang pintar hari ini berbanding semalam.Satu pepatah Sepanyol berkata: Dengan melalui sebatang jalan di mana jua anda akan tiba ke rumah. Menurut Lao Tsu pula: Walaupun telah banyak tercapai, pada keseluruhanya masih ada ruang masa depannya untuk dicapai.

Untuk itu berikut beberapa langkah yang boleh diambil:
1. Mengubah nilai-nilai anda dan kepercayaan
2. Meningkatkan imej kendiri anda
3. Arah matlamat dan keutamaan-keutamaan untuk pelbagai pengembangan diri.
4. Bina satu sifat yang dominan dan satu sahsiah yang baik
5. Urus masa anda termasuk rutin dan amalan
6. Kuasai ilmu pengetahuan dan kemahiran-kemahiran pada kadar tinggi.
7. Promosi diri anda dan produk-produk terbaik dan perkhidmatan anda melalui orang, kemahiran dan talian hubungan.
8. Luaskan pandangan dan tingkatkan daya kesedaran, kreativiti, pelbagai kemungkinan dan keupayaan.

Dunia telah berubah dan diserikan oleh kemahuan dan tindakan bersemangat orang-orang yang mashyur. Ambil giliran anda pula untuk memanfaatkan masyarakat dan negara!

Wallahu a’lam.

Stephen W.K.Tan
100 esei Inspirasi & motivasi untuk pelajar

Saturday, December 5, 2015

Lagi mengenai mengenai mengejar kebahagiaan

Esei 89

Kesejahteraan berkembang melalui optimisme, tabiat-tabiat keriangan, perasaan penguasan, personaliti berani, altruisme, ketaatan kepada agama, realisme dan satu hubungan percintaan. Berikut beberpa garis panduan ke arah jalan yang betul mengejar kebahagian:
1. Kawalan, malah mewujudkan pemikira-pemikiran dan perasaan-perasaan
2. Kawal,malah bentuklah kelakuan anda
3. Satu penguasaan terhadap hidup
4. Memasukkan input-input luar bagi kebahagiaan
5. Mencari sesuatu yang besar, melebihi diri dan berkhidmat kepadanya
6. Berada dekat dengan Tuhan dan manusia yang mengasihi Tuhan
7. Kerendahan hati,penghargaan dan realisme
8. Terus membina istana cinta anda

Kebahagiaan boleh menjauhi anda jika anda meneruskan kerja sia-sia, jadi ia tidak mudah difahami tetapi anda boleh memperbaiki kefahaman mengenainya.Jika anda hanya assyik memikirkan tentang sesuatu jangkaan dan pencapaian, mengembara ke tempat tertentu, mengadakan pertemuan dengan orang, melakukan sesuatu, mencintai pekerjaan dan prestasi pencapaian terbaik, kegembiraan, keseronokan rakan-rakan sekerja anda, pelangan-pelanggan dan mereka yang dikasihi, kebahagiaan akan menemui anda. John Barrymore memerhati: Kebahagiaan masuk menyelinap melakui pintu yang anda tidak sedar telah dibiarkan terbuka,

Satu perkara mudah yang anda boleh lakukan ialah berterusan berkata kepada diri anda: Saya akan sntiasa riang dan optimis walau apa jua terjadi. Rungutan dan kerisauan akan hanya menjadikan hidup lebih buruk lagi, malah saya tidak akan membiarkan sesuatu merampas kebahagiaan diri saya.....

Sikap sebegitu menolong serta merta dan sesungguhnya P Sondreal menyarankan : Kebahagian adalah tidak pernah berhenti untuk berfikir sama ada anda adalah bahagia. Itulah sebabnya kesejahteraan tidak harus menjadi satu gol yang sempit, ia perlukan satu spektrum emosi, impian-impian, makna, tujuan, harapsn-harapan dan wawasan-wawasan. Kebahagian sebenarnya datang daripada kemajuan, dan lebih kepada berjuang untuk memenuhi impian-impian dan keinginan kita daripada dalam mencapaianya. Ia adalah satu kaedah mengembara, pekerjaan membuat lawatan itu adalah lebih seronok daripada destinasi yang ingin dituju.

Wallahu a’lam.

Stephen W.K.Tan
100 esei Inspirasi & motivasi untuk pelajar


Friday, December 4, 2015

Asas Kebahagian

Esei 88

Dalam mengejar kebahagian, persediaan dalam adalah penting, antaranya:
a) Kesihatan
b) Penerimaan diri
c) Penerimaan dunia
d) Optimisme,penghargaan dan kepuasan
e)Bertanggungjawab penuh untuk kehidupan anda
f) Melihat dan mencari kebaikan
g) Mempunyai harapan besar, impian-impiian dan tujuan-tujuan dalam kehidupan
h) Satu keberanian dan satu kehidupan yang penuh kecintaan
i) Pertumbuhan bukan kesempurnaan.
j) Imbangan keseluruhan

Apa yang kita perlukan adalah nilai-nilai yang betul, kesejahteraan rohaniah, gaya hidup yang sihat dan cantik serta hubungan-hubungan yang baik. Kita tidak perlukan wang dan kemewahan yang bertimbun, yang tidak lama lagi akan menyusut dengan pulangan yang semakin menurun. Orang yang bersikap dan berkecenderungan yang betul adalah mereka yang penuh keriangan sejak zaman kanak-kanak hingga usia tua, mereka sedia menghadapi sebarang ombak badai tetapi masih dapat menemui kebahagiaan.

Wallahu a’lam.

Stephen W.K.Tan
100 esei Inspirasi & motivasi untuk pelajar

Tuesday, December 1, 2015

Mengatasi krisis pribadi

Esei 87

Kegagalan dalam perhubungan,kehilangan pekerjaan, krisis kewangan, kehilangan  dan seumpamanya memerlukan kekuatan dalaman. Kita perlu bersedia untuk semua itu. Terdapat empat peringkat yang boleh membawa kepada kehancuran keluarga: Kritikan, mengadu domba, suka membela diri dan penarikan atau mengundur diri.

Berikut beberapa panduan penting:
a) Bina kemahiran perhubungan yang istimewa, prihatin terhadap rasa kurang senang yang boleh membahayakan keadaan mengikut masa. Selami perasaan pasangan masing-masing.
b) Jangan berleter, bantulah pasangan anda.Beri cadangan dan pujukan berbanding kritikan
c) Kasih sayang tanpa syarat.Ambil giliran untuk beralah.
d) Pasangan sepatutnya menjadi teman terbaik, buah hati, dihormati dan dikagumi. Ubahlah pasangan dengan pengaruh dan pujukan yang lembut.
e) Semasa pengeseran dan perselisihan, pasangan merlukan persefahaman dan simpati. Keupayaan untuk mendengar tanpa syarat, untuk merasa empati, tolak ansur dan berbaik semua, menunjukkan kebaikan, keberanian dan kekuatan akhlak.
f) Akui kesalahan dan mohon maaf
g) Penerimaa, kesabaran dan kemaafan dapat menghapus rasa sakit hati dan kurang senang ketika di rumah berbanding di luar rumah.
h) Kejayaan dalam perkahwinan bukan setakat mengahwini orang yang sesuai, ia berkait dengan menjadi diri yang sesuai! Hubungan kemanusiaan berdasarkan siapa sebenarnya diri kita, bukan sahaja apa yang kita kata atau lakukan.

Untuk itu :
a) Bercakap-cakap dengan rakan-rakan
b) Tinggalkan zaman lampau
c) Bayangkan dan gunakan daya khayalananda
d) Bertenang dan rehatkan diri dengan harapan dan aspirasi
e) Berfikirlah secara rasional, elakkan terlalu emosi.
f) Renungilah di senalik kehidupan duniawi, pohon pimpin dan kesejahteraan daripada Tuhan

Setiap krisis memberi satu peluang untuk menyerlahkan diri anda yang lebih besar.
Dr M Maltz

Wallahu a’lam.

Stephen W.K.Tan
100 esei Inspirasi & motivasi untuk pelajar

Sunday, November 29, 2015

Lagi mengenai keluarga bahagia

Esei 86

Wujudkan keluarga bahagia menerusi:
a) Kesucian keluarga : Keluarga adalah entiti sosial tertua di dunia.Tokoh usahawan Lee Iacocca mengakui; Saya telah mendapat sebuah kerjaya yang baik dan berjaya tetapi jika dibandingkan dengan keluarga saya, ia sebenarnya tidak bererti sama sekali.
b) Lihatlah kebaikan dalam wajah-wajah orang tersayang: Jangan sekali-kali bersikap mudah terhadap mereka, perlengkapkan diri mereka dan didiklah mereka. Jangan lekas melatah.
c) Tanggungjawab-tanggungjawab bersama: Beban kerja yang dikongsi akan menjadi ringan. Anak-anak lebih bertanggongjawab memahami tugas dan peranan masing-masing.Charles Kettering menulis: Mereka yang membesar melalui cara yang sukar biasanya akan cuba menghasilkan benda-benda yang lebih mudah dan sebaik mungkin untuk anak-anak mereka kelak.
c) Komitmen antara satu sama lain
d) Berkuasa, dengan memahami anak-anak sebaik-baiknya
e) Berkongsi hal-hal kewangan secara realistik
f)Memikul tanggungjawab bersama
g)Persekitaran yang indah, harmoni dan kemajuan.
h)Perubahan dan pertumbuhan: Berubahlah kerana dunia sendiri berubah. Berubahlah ke arah yang lebih baik.

Sebuah keluarga yang bahagia adalah seumpama sebuah syurga yang diberi lebih awal.
Sir J Bowring

Wallahu a’lam.

Stephen W.K.Tan
100 esei Inspirasi & motivasi untuk pelajar

Saturday, November 28, 2015

Rumah yang penuh dengan kasih sayang dan keceriaan

Esei 85

Proses membesar, memulakan sebuah keluarga dan memanfaatkan kehidupan adalah sesuatu yang menyeronokkan, Kita melalui empat tahap dalam proses ini; mempercayai kewujudan sesuatu, berhenti mempercayainya, kita sendiri menjadinya akhirnya menyerupai semacamnya. Tidak kira di peringkat mana, rumah adalah tempat sentiasa berada di hati kita.Ia adalah teras kewujudan dan tapak pelancar ke arah kejayaan. Rumah dibuat dengan dinding-dinding dan galang-galang tetapi sebuah kediaman terdiri dengan cinta dan impian-impian!

Ianya menuntut beberapa perkara, antaranya:
a) Kesedaran moral yang berkuasa; iaitu tahu apa yang betul dan salah.
b) Cinta; jadilah seorang yang peka dan bertimbang rasa
c) Berkongsikan nilai-nilai, kegemaran, matlamat dan prestasi
d) Masa untuk besama-sama; ingatlah cinta dan masa adalah dua benda percuma sama ada di dunia atau seluruh kehidupan kita yang tidak dapat dibeli tetapi hanya digunakan.
e)Komunikasi dan dan pertukaran; komunikasi adalah kunci keperda penyertaan dan persefahaman. Perasaan perlu bebas diluahkan tanpanya meredupkan isu-isu atau salah faham.Lebih besar kesamaran dalam komunikasi lebih miskin hubungan;paling teruk adalah tabiat senyap ia mampu melemah perpaduan dan keharmonian.
f) Semangat dan sikap jenaka; ia hadiah-hadiah ajaib dan ubat terbaik.Keupayaan mentertawakan diri dan situasi dapat memulihkan kebimbangan dan kebosanan.
g)Usaha dan pengorbanan; perkahwinan boleh diibarat sebagai sebuah peti harta karun yang kosong. Ia perlu terus diisi untuk diambil berterusan keluar daripadanya.Ia tabubg persaraan yang sungguh ajaib; laburan di usia produktif.
h) Perkara-perkara kecil menjadi lebih bermakna; elak mengambil ringan antara satu sama lain dek kerana faktor masa bersama yang lama.
i) Menghormati dan menghargai satu sama lain; jangan memperkecil atau mengkritik orang yang kita kasihi tetapi jadikan mereka kawan baik kita.Perkasakan satu sama lain menerusi penghargaan walau sekecil apapun.

Tidak ada orang yang dapat mengukur termasuklah penyajak-penyajak berapa banyakkah yang dapat dipegang oleh sebuah hati
Zelda Fitzgerald

Wallahu a’lam.

Stephen W.K.Tan
100 esei Inspirasi & motivasi untuk pelajar

Sunday, November 22, 2015

Cinta dan Perkahwinan

Esei 84

Tuhan mencipta lelaki dan perempuan, menyatukan mereka dalam perkahwinan. Ia satu asas murni dalam kehidupan semulajadi. Penyelidikan menunjukkan orang yang sudah berkahwin hidup lebih bahagia dan lebih lama.

Sesungguhnya perkahwinan menuntut:

a) Komitmen, kewajaran dan kesetiaan:  Sebagai permulaan, sayangi diri sendiri sebelum menyayangi porang lain, cintai pasangan dengan sepenuhnya, saling memperkayakan dengan penuh kesempurnaan dan bermaruah. Jauhi ketidaksetiaan, ia satu perkhianatan terhadap amanah dan komitmen perkahwinan.

b) Kasih sayang tanpa syarat :  Menyayangi seseorang tanpa sharat memperkasakannya dengan harga diri, sokongan dan keselamatan. Keharmonian, kesefahaman dan nilai-nilai keagamaan dan satu matlamat mampu mengatasi kesulitan, menjulang mereka ke arah kebahagiaan dan pencapaian lebih hebat.

c) Memupuk keceriaan dalam satu perhubungan
d) Masa bersama-sama adalah satu keutamaan
e) Mengambil minat dalam menghias diri dan memperbaiki satu sama lain
f) Bersedia dengan realiti dan masalah-masalah
g) Hubungan baik
h) Keindahan persahabatan
i) Sifat kebaikan
j) Hubungan yang berkekalan.

Wallahu a’lam.

Stephen W.K.Tan
100 esei Inspirasi & motivasi untuk pelajar

Thursday, November 19, 2015

Temu janji dan percintaan

Esei 83

Usia muda adalah satu zaman menarik dalam kehidupan semua orang. Ia adalah satu masa untuk pertumbuhan, persahabatan, temu janji dan percintaan. Temu jani patut dijadikan kaedah bagi mencari pasangan yang sesuai untuk bersama-sama berkongsi kehidupan. Soalan pertama yang muncul adalah : Adakah anda sudah cukup dewasa untuk bercinta?

Lebih dahulu anda harus bina kematangan emosi, prasyarat percintaan dan perkhawinan.Ini bukan satu masa untuk bermain dengan perasaan orang lain. Ia tempoh usaha mengenal pasti bukan hanya keseronokan, usaha menyiasat bukan hanya untuk bermesra sahaja. Justeru itu, perkahwinan adalah lebih baik selepas berusia 24 tahun ke atas.

Cinta pandang pertama boleh diterima apapun kasih sayang dengan wawasan adalah lebih baik.Cinta sejati akan berkembang secara perlahan-lahan dengan menghargai personaliti pasangan, tahap kerohaniannya dan nilai-nilai.Semua orang berhak untuk mencari pasangan yang sesuai tetapi mereka jarang sekali mengambil satu strategi untuk mengumpan dan mendapatkan yang terbaik. Semua memerlukan kita :
a) Membuat satu pilhan yang bijak
b) Terdapat bahaya dan perangkap
c) Nilai-nilai dan pertimbangan anda menjejaskan kejayaan perkahwinan anda

Kita perlu melihat pada realiti kehidupan. Percintaan itu tetap ada bahagian kesedihannya. Terima segala kemungkinan; kejutan, kekecewaan atau yang tak terduga.Seseorang mungkin tidak menyayangi anda selamanya. Tempoh pemujukan atau perkenalan adalah penting. Ia satu peluang untuk menilai kematangan menyeluruh dan keserasian. Idealnya tempoh ini tidak sepatutnya terlalu panjang, ia ruang keresahan dan godaan fizikal.

Anda dikira cukup matang secara fizikal dan emosinya, apabila anda telah berkelayakan secara akademik dan profesional,

Cinta dapat bertahan Cuma apabila pasangan kekasih menyayangi banyak benda bersama-sama dan bukan hanya satu sama lain.
(Walter Lippmann)

Wallahu a’lam.

Stephen W.K.Tan
100 esei Inspirasi & motivasi untuk pelajar

Tuesday, November 17, 2015

Contohi mereka yang berjaya – belajar daripada mereka

Esei 82

....langkah pertama dalam merangsang diri ke arah kejayaan adalah dengan berjumpa dan bercakap dengan orang lain. Dalam kehidupan ini, ia adalah siapa yang kita jumpa dan siapa yang kita kenal, yang akan diambil kira. Jika kita boleh terus berjumpa mentor dan bertanyakan bagaimana mereka berjaya, mungkin kita boleh menggunakan idea dan kaedah-kaedah mereka yang mungkin sangat berguna untuk kita juga.
 
Oleh kerana semua orang adalah berbeza, setiap orang akan mempengaruhi kita dalam satu cara yang unik dan akhirnya pengalaman ini juga akan memperkayakan kehidupan kita. Percayalah, kebanyakkan mereka yang dikagumi oleh orang-orang lain telah bermula dengan mengkagumi seseorang!  Mereka yang dihormati, yang kaya dan terkenal bermula dengan idea dan matlamat yang tinggi. Jadi lindungi aspirasi besar anda sekarang, kemudian pilih wira atau model anda dan biarkan dia memimpin anda menuju ke puncak!

a) Siapakah yang layak untuk dipanggil bijak? Dialah  yang mendapati sesuatu untuk belajar daripada setiap orang lain.
Misnan

b) Anda akan sentiasa menemui seseorang yang boleh memberitahu anda sesuatu yang anda tidak tahu sebelumnya. Terimalah ia dan hadamkan ia.
Dr Maxwell Maltz

Wallahu a’lam.

Stephen W.K.Tan
100 esei Inspirasi & motivasi untuk pelajar
Ms 341-342

Monday, November 16, 2015

Seni dalam rundingan

Esei 81

Dalam dunia serba bekerjasa antara manusia, keupayaan untuk berunding dengan baik adalah amat penting. Kemahiran berunding meliputi: Pengetahuan tentang perkara dan latar belakang orang yang menyertai rundingan, persediaan, persepsi, strategi dan taktik-taktik sebebar.

Pengetahuan dan persepsi Anda:  Untuk bermula, keadaan fikiran yang betul, sikap dan andaian adalah penting. Ia proses untuk bekerjasama bukannya pesaingan. Pertimbangan lain yang penting : di mana, apabila, bagaimana, apa dan dengan siapa untuk berunding!
Jangan berunding melalui telefon dan surat. Lebih baik dilakukan menerusi pertemuan.

Persediaan : Ianya adalah separuh jalan menuju kejayaan.

Persepsi :  Pastikan ianya tidak kurang daripada maklumat yang anda berikan. Cari kehendak yang tersembunyi dan komitmen.Belajar untuk melihat sesuatu keperluan dengan menanyakan soalan, mendengar dan mempelajari bahasa tubuh, yang mendedahkan kepentingan tanda dan rahsia.

Kedudukan yang menguntungkan :  Satu contoh di mana anda dapat mengalah tetapi berjaya mendapat lebih manfaat.

Keutamaan dan penyertaan : Lazimnya ia dapat dirujuk pada alasan yang kukuh dalam pilihan.

Berusaha dan adakan banyak pilihan : Jika anda tidak boleh  membuat satu penjualan buatlah satu pembelian dan mengambil alih.

Berundur sementara sebagai langkah memajukan atau penarikan semula:  Ini menuntut anda bergerak dalam kaedah bertentangan dengan normal dan corak yang lazim.

Lain-lain saranan ialah :
a) Penggunaan kesabarab, masa dan mendiamkan diri,
b) Mengalih perhatian dan fokus semula
c) Menggunakan fakta yang berjadual serta angka-angka yang berkaitan
d) Bergerak cara sedikit-sedikit tetapi dengan kepastian yang kukuh
e) Pertingkatkan usaha menjangkau sempadan kemampuan biasa
f) Kes perundingan untuk perolehan yang maksimum

Selalulah berusaha  untuk mendapatkan kenaikan anda pada saat anda ditawarkan bertugas!

Wallahu a’lam.

Stephen W.K.Tan
100 esei Inspirasi & motivasi untuk pelajar
Ms 135-340