Esei 94
Thomas Edison yang hebat membuat pemerhatian: Jika kita semua melakukan
kesemua benda yang kita berkebolehan membuatnya, kita akan secara literal
memperhebat diri kita. Apa gunanya memiliki keupayaan jika kita tidak
menggunakannya? Sepatutnya kita melangkah selanjutnya bagi menggunakan
keupayaan itu secara bersepadu!
Biar kita pasangkannya menjadi satu jentera kejayaan yang mengabungkan
kuasa untuk mencapai matlamat lebih besar. Di sini kita mempunyai sinergi. Apa
yang berlaku sekarang dengan meluasnya mengiktiraf bahawa keseluruhan adalah
melebihi jumlah bahagian. Dari segi teknik, jika satu alur menyokong satu tan,
4 pancaran boleh menyokong 5 tan atau lebih.
Dengan kata lain, dua orang pemenang yang berkerja bersama-sama dapat
mencapai kejayaan yang lebih besar daripada mereka jika sekiranya bekerja
secara individu, terutamanya jika fungsi-fungsi mereka saling membantu antara
satu sama lain. Satu peribahasa Sweden menjelaskan ketika ini dengan indah: Apabila seorang buta membawa seorang lelaki
tempang, kedua-duanya dapat bergerak ke hadapan.
Wallahu a’lam.
Stephen W.K.Tan
100 esei Inspirasi &
motivasi untuk pelajar
No comments:
Post a Comment