Saat kami tumbuh di laman rumahmu
kau tetap memilih mawar
kami hanya mendiamkan diri
Di padang itu kami berterusan
dihenyak dan dipijak
namun tetap subur berbakti
tanpa rasa iri kerana di sini
hidup dan mati kami
Sesekali kami muncul di ladang luasmu
kau cabut dan racun semahumu
kerana tidak memberi apa-apa
hanya memeningkan kepala
wujud tak diperlukan sesiapa
Walau berkali-kali
kami hilang dan mati
hujan itu, tanah ini
membawa kami kembali
lebih hijau kian gigih memberi
pada yang peduli di bawah langit
dan mentari ini.
Kamal Sujak
Bandar Baru Bangi, Selangor
Mingguan Malaysia
15 Nov 2015
No comments:
Post a Comment