Al-Mawa’izd Al-Badi’iah
Berkata ulama Rahimahumullahu Ta’ala: Hai anak Adam, ketahui olehmu
bahawasanya tiada lebih martabat seorang itu melainkan dengan sebab lebih
akalnya dan tiada kurang martabat seorang itu melainkan dengan sebab kurang
akalnya.
Bermula akal itu terlebih daripada ilmu kerana tiada hasil faedah ilmu itu
melainkan dengan akalnya jua.
Ketahui olehmu, bahawasanya akal itu sebaik-baik taulanmu yang menolong ia
akan dikau pada pekerjaan dunia dan akhirat dan kerana inilah tiada dimulia
akan seorang itu di dalam dunia dan di dalam akhirat melainkan dengan sebab
lebih akalnya dan tiada kurang martabat seorang itu melainkan dengan sebab
kurang akal seperti kata hukama yang bererti: Bermula akal itu sebaik-baik
taulan.
Kerana ia menyatakan pekerjaan yang salah dan jikalau ada orang itu hina ia
nescaya ialah memuliakan dia jikalau ada orang itu papa nescaya ialah
mengayakan dia dan dengan dia tanda kebajikan di dalam dunia dan di dalam
akhirat seperti sabda nabi saw:
Adalah bagi tiap-tiap suara
itu pegawai dan bahawasanya pegawai mu’min itu akal dan adalah bagi segala yang
menjahat itu kenderaan dan kenderaan manusia itu akal dan adalah bagi tiap-tiap
suatu itu tiang dan tiang agama itu akal dan adalah bagi tiap-tiap kaum suatu
yang menolong dia dan yang menolong manusia itu akal dan adalah bagi tiap-tiap
kaum itu yang memelihara akan dia dan yang memeliharakan segala ’abid itu akal
dan adalah bagi tiap-tiap saudagar itu dagangan dan dagangan segala yang
menuntut ilmu itu akal dan adalah bagi tiap-tiap rumah itu melonggarkan dia dan
melonggarkan segala orang yang shadiq itu akal dan adalah bagi tiap-tiap binasa
itu yang meramaikan dia dan yang meramaikan akhirat itu akal dan adalah bagi
tiap-tiap manusia suatu peninggalan yang disebutkan orang kepadanya dan sebut
orang akan dia kerananya maka peninggalan segala manusia itu akal dan adalah
bagi tiap-tiap pelayaran itu khemah dan khemah segala mu;min itu akal.
Wallahu alam.
Syeikh Abdullah Ibnu Abdur Rahim Fathani &
Syeikh ’Abdul Ra’uf Fanshuri Acheh
Kitab Muhimmah & Al-Mawa’izd Al-Badi’iah,
Al-Hidayah, 2007
No comments:
Post a Comment