Wednesday, December 16, 2015

Membina keseimbangan, kebijaksanaan dan nilai kejayaan

Esei 96

Kita akan mencapai satu keseimbangan yang sempurna samada cepat atau lambat terutamanya pada 3 bidang utama iaitu keluarga, kerja dan aktiviti-aktiviti masa lapang. Dalam membina keseimbangan, pertumbuhan bukan kesempurnaan, disiplin bukan ketegaran sepatutnya dijadikan matlamat. Pilihlah keutamaan yang betul  dan memuaskan keperluan sendiri serta orang lain secara harmoni.

Kebijaksanaan lahir daripada sikap yang baik, pengetahuan, pengalaman dan taakulan.Hail ini membawa kesopanan, kebijaksanaan dan wawasan. Manakala asas untuk kebajikan adalah persefahaman, penghargaan dan muhibah.Lebih mulia seseorang itu semakin kurang kesombongan dirinya.Keangkuhan adalah bagaikan pasir jerlus bagi kejayaan.Tidak ada siapa yang berjaya dengan bersendirian atau juga terus hidup bersendirian.

Menurut Washington Irving: Satu kebaikan hati yang tidak terhad merupakan satu daripada hadiah-hadiah syurga yang paling berharga, menyebarkan dirinya seperti minyak di lautan pemikiran yang bermasalah, menjadikan minda lancar dan sedia untuk digunakan dalam cuaca yang buruk. Kelembutan dan toleransi menghasilkan keajaiban dan selalunya beriringan dengan disiplin diri; semuanya adalah permata-permata mahkota dalam perwatakan seseorang.

Wallahu a’lam.

Stephen W.K.Tan
100 esei Inspirasi & motivasi untuk pelajar

No comments:

Post a Comment