Asma Ul-Husna 9
Al-Aziz ertinya Allah Maha Perkasa yang memiliki segala Kekuatan dan
Kejayaan sebagaimana firmanNya bermaksud:
Wahai Musa, sesungguhnya
Akulah Allah Yang Maha Perkasa, lagi Maha Bijaksana
(An-Naml:9)
Maha Perkasa dan Memiliki Kekuatan yang sempurna
Akar kata dari sifat ini adalah ’izz. Kekuasaan, kekuatan, kejayaan,
pengangkatan , tidak tunduk. Kata kerjanya bermakna: memperkuat atau mendukung,
sebagaimana dalam ayat:
Ketika Kami mengutus kepada mereka dua orang Rasul lalu mereka
mendustakannya; kemudian Kami kuatkan (kedua Rasul itu) dengan Rasul yang
ketiga, lalu Rasul-rasul itu berkata: Sesungguhnya kami ini adalah diutuskankan
kepada kamu.
(Yaasin:14)
Secara linguistik, kata kerjanya bererti: mengatasi, mendapatkan kekuasaan
yang lebih baik, menundukkan dan sebagainya.
Al-Aziz adalah satu-satunya Zat yang memiliki semua kemuliaan dan
keperkasaan. Dia tidak pernah ditaklukkan atau Dia tidak pernah bersalah. Tiada
khayalan ataupun akal yang mampu memahamiNya. Dia Zat yang tidak pernah tunduk
atau terganggu dalam cara apapun, Zat yang tidak memiliki bandingan atau
kesamaan, Zat yang sangat dihajatkan, Zat yang berjaya dan tidak pernah
terkalahkan, Maha Kuasa, Maha Perkasa, yang tak pernah dapat dicapai.
Sifat manusia yang
kesembilan ialah kuat dan perkasa
Merujuk kepada perkara ini, maka sifat manusia yang kesembilan dengan
bercermin pada Asma ul-Husna ialah bersifat kuat dan perkasa, terutamanya dalam
sebarang bentuk ketaatan kepada Allah swt.
Rasulullah saw pernah menyebutkan bahawa Muslim yang kuat dan perkasa itu
lebih disukai Allah daripada Muslim yang lemah dan daif. Ini memandangkan
Muslim yang kuat dan gagah akan mudah melakukan ibadat yang memerlukan kekuatan
fizikal seperti jihad dan berperang di jalan Allah.
Wallahu a’lam
Adil Akhyar
Kehebatan berzikir dengan
Asma Ul-Husna,2010
Ms23-24
No comments:
Post a Comment