Al-Mawa’izd Al-Badi’iah
Berkata ulama rahimahumullah: Hai anak Adam, ketahui olehmu bahawasanya
barangsiapa ada baginya akal jikalau tiada ilmu sekalipun bahawasanya akalnya
itulah yang menyampaikan dia kepada martabat yang tinggi dan barangsiapa ada
baginya ilmu tiada baginya akal yang sempurna serta ilmu nescaya kembalilah
segala pekerjaan itu berbalik dan barangsiapa ada baginya akal yang sempurna
serta ilmu nescaya adalah di dalam dunia hakim yang bijaksana lagi ikutan
segala manusia maka bahawasanya keelokan dan kemuliaan dan kebesaran martabat
dan kebajikan segala hal dunia dan akhirat itu dengan akal jua dan kesempurnaan
segala suatu dengan dia jua kerana akal itu pohon iman dan pertengahannya dan
kesudahannya.
Kata hukama bahawa tiada perbuatan orang yang berakal itu jatuh pada suatu
pekerjaan yang sukar maka tatkala
dibicarakannya melepaskan dirinya daripada bahaya itu tetapi prang yang berakal
itu barangsiapa membicarakan tatkala belum jatuh di dalam pekerjaan kesukaran
dan diusahakannya supaya terpelihara ia daripada bahaya pekerjaan itu.
Wallahu alam.
Syeikh Abdullah Ibnu Abdur Rahim Fathani &
Syeikh ’Abdul Ra’uf Fanshuri Acheh
Kitab Muhimmah & Al-Mawa’izd Al-Badi’iah,
Al-Hidayah, 2007
No comments:
Post a Comment