Al-Mawa’izd Al-Badi’iah
Berkata setengah ulamak Rahimahumullahu Ta’ala: Hai anak Adam, rendahkan
olehmu akan dirimu kepada barangsiapa yang tinggi martabat daripadamu dan
jangan engkau meringan-ringan orang yang kurang martabat daripadamu dan
tahankan olehmu lidahmu dan berkata-kata yang tiada memberi manfaat dan
berperangaikan olehmu pada seorang seperti perangaimu pada sihatmu dan
peliharakan olehmu janjimu dengan Tuhan yang menjadikan akan dikau dan hidupkan
olehmu di dalam dunia dengan takutmu
akan Allah Ta’ala serta mematikan olehmu yang enam perkara ini iaitu tanda
orang yang berakal.
Kata Siti ’Aisyah Radhiyallaha ’anha bahawa tanda orang yang berakal itu
sepuluh perkara, lima perkara daripadanya zahir dan lima perkara daripadanya
batin. Adapun yang zahir itu:
1. Diam diri
3. Merendahkan diri
4. Meramah-ramahkan
5. Berbuat amal soleh
Adapun yang batin itu lima perkara:
1. Berkata-kata dengan kebajikan
2. Berbuat ibadat
3. Sentiasa takut akan Allah
4. Membesarkan dosa dirinya
5. Menghinakan dirinya
Kata ahli Al-Hikmah: Bahawa tanda orang yang berakal itu tujuh:
1. Barangsiapa berbuat jahat akan dia maka dibalasnya dengan kebajikan
serta suka hatinya dan dimaafkan segala kesalahannya
2. Merendahkan dirinya kepada orang yang kurang martabat daripadanya dan
dimuliakannya akan orang yang terlebih martabat daripadanya/
3. Diusahakannya segala pekerjaan yang kebajikan serta disegerakannya pada
mengerjakan dia
4. Benci akan segala pekerjaan yang jahat
5. Sentiasa ia menyebut nama Allah dan memohonkan ampun daripada dosanya
kepada Allah Ta’ala serta ia mengaitkan maut dan kuburnya.
6. Barang yang tiap-tiap dikatanya itu dengan pengentahuannya dan dengan
nyatanya dan pada tempat yang sepatutnya
7. Tiap-tiap barang yang kesukaran itu berlindung ia kepada Allah Ta’ala
dan harap ia akan Allah Ta’ala meluputkan dia daripada bahayanya.
Adapun tanda orang yang kurang akal itu pun tujuh perkara :
2. Membesarkan dirinya daripada segala orang yang mulia daripadanya dan
menilik ia akan segala manusia dengan tilik mengurangkan dia serta melebihkan dirinya.
3. Apabila ia berkata-kata dengan orang yang lain tiada dengan adab dan
sopan
4. Apabila ia melihat ia akan pekerjaan seorang yang salah, maka tiada
dimuliakan melainkan dihinakan dan tiada ia benci akan kesalahannya
5. Kasih ia akan segala perbuatan yang salah dan akan segala orang yang
jahat
6. Diperlambatnya mengerjakan segala pekerjaan yang baik dan disegerakannya
segala pekerjaan yang jahat
7. Apabila datang kepadanya suatu kesukaran maka tiadalah ia sabar ia.
Wallahu alam.
Syeikh Abdullah Ibnu Abdur Rahim Fathani &
Syeikh ’Abdul Ra’uf Fanshuri Acheh
Kitab Muhimmah & Al-Mawa’izd Al-Badi’iah,
Al-Hidayah, 2007
No comments:
Post a Comment