Asma ul-Husna 5
Al-Quddus ertinya Allah yang Maha Suci daripada segala apa yang disifatkan
ataupun dinisbatkan kepadaNya iaitu segala perumpamaan ataupun ibarat yang
dicetuskan oleh fikiran manusia.
Maha Suci
Al-Quddus adalah Zat yang sifatNya tidak dapat dijangkakan oleh indera
ataupun Dia tidak dapat dijangkau oleh imaginasi, tidak dapat diketahui oleh
fikiran, akal ataupun dihukum oleh akal manapun.
Secara linguistik, kata ini bersumber daripada kata quds,kesucian atau
kebersihan. Al-bayt al-Muqaddas bererti rumah yang disucikan, rumah yang
penghuninya menyucikan diri mereka sendiri dari segala kekotoran dosa-dosa.
Syurga juga disebut tempat qudus lantaran ia bebas dari derita-derita
kehidupan dunia. Pemimpin para malaikat disebut dalam Islam sebagai ar-Ruh
al-Quds (ruh kudus) kerana ia bebas daripada setiap kesalahan dalam
menyampaikan wahyu kepada para rasulNya. Allah telah menjelaskan diriNya
sendiri sebagai Raja Yang Maha Suci di mana Allah telah berfirman bermaksud:
Apapun yang ada di langit
dan di bumi semuanya bertasbih kepada Allah, Raja Yang Maha Suci.....
(Al-Jumuah:1)
Al-Quddus adalah Zat yang bebas dari segala hajat dan sifat-sifatNya bebas
daripada segala kekurangan. Dialah Zat yang menyucikan jiwa-jiwa orang yang
melakukan dosa, yang mengambil orang-orang jahat dari ubun-ubun mereka, yang
terbebas dari ruang dan waktu.
Rasulullah saw pada suatu hari mengutuskan salah seorang sahabatnya untuk
mengajarkan Islam kepada sekelompok mukallaf dan memimpin mereka dalam solat
berjemaah. Sahabat tersebut tidak biasa membaca salah satu surah al-Quran
selain surah al-Ikhlas, sehingga para sahabat yang lain datang kepada nabi saw
dan menceritakan hal tersebut kepada baginda. Nabi saw berkata kepada mereka: Pulanglah dan tanyakan kepadanya mengapa ia
berbuat demikian.
Mereka pun ber tanya kepada sahabat
tersebut tentang hal itu. Ia menjawab soalan mereka dengan mengatakan :....kerana ia mengandungi sifat ar-Rahim dan
inilah sebabnya mengapa aku gemar membacanya.
Mereka mengatakan kepada nabi saw jawapan ini. Baginda berkata kepada
mereka: Pulanglah dan katakan kepadanya bahawa Allah Yang Maha Terpuji dan Maha
Suci mencintainya juga.
Suatu hari Ibn Abbas menghabiskan satu malam dengan sepupu rasulullah saw.
Ketika rasulullah saw bangun dan berdiri, baginda menengadahkan kepalanya ke
arah langit dan membaca tasbih-tasbih berikut sebanyak 3x: Subhanal Malik al-Qoddus! (Maha Suci Raja
yang Maha Qudus). Lantas baginda membaca ayat terakhir sura Ali Imran yang
bermaksud: Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam
dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah)
bagi orang-orang yang berakal.
Sifat manusia yang
kelima ialah suci
Merujuk kepada perkara ini, maka sifat manusia yang kelima dengan bercermin
pada Asma ul-Husna ialah bersifat suci dan bersih daripada segala kekotoran,
dosa dan maksiat sama ada yang kecil mahupun yang besar, zahir mahupun batin.
Wallahu a’lam
Adil Akhyar
Kehebatan berzikir dengan
Asma Ul-Husna,2010
No comments:
Post a Comment