Al-Mawa’izd Al-Badi’iah
Berkata segala ’ulama radhiyallahu ’anhum: Bahawasanya akal itu ada lebih
dan ada kurang seperti firman Allah Ta’ala:
Yakni....ambil ibarat olehmu hai
segala yang empunya akal. (Al-Hasyr:2)
Kata Ibnu Abbas: Bermula kepala akal itu tiga perkara:
1. Memaafkan kesalahan manusia
2. Merendahkan dirinya kepada orang yang kurang martabat daripadanya
3. Dahulu ia bicarakan kemudian maka berat ia
Dan kepala bebal itu pun tiga perkara jua:
1. Membesarkan dirinya
2. Banyak berkata-kata yang tiada manfaat
3. Diaibkan akan segala manusia yang mengerjakan suatu pekerjaan dan adalah
ia pun mengerjakan dia.
Dan perhiasan lelaki itu pun tiga perkara:
2. Memudahkannya hartanya akan segala manusia dengan tiada dibangkitkan
akan dia
3. Sangat ia usaha pada segala barang pekerjaan yang kebajikan serta tiada
ia menuntut dunia, kerana bermula akal yang lebih utama itu orang yang mengenal
ia martabat dirinya.
Bermula orang yang berakal itu iaitu orang yang mengerjakan pekerjaan yang
amarah serta ia tertawa-tawa dan lagi orang yang berakal itu membalas ia akan
orang yang berbuat jahat kepadanya seperti membalas ia akan orang yang berbuat
kebajikan akan dia supaya sejahtera ia daripada kejahatan orang yang berbuat
jahat akan dia.
Berkata hukama: Bahawasanya akal itu
barangsiapa melihat ia akan tempat kebajikan kakinya maka dihantarkan pada
tempat itu dahinya.
Wallahu alam.
Syeikh Abdullah Ibnu Abdur Rahim Fathani &
Syeikh ’Abdul Ra’uf Fanshuri Acheh
Kitab Muhimmah & Al-Mawa’izd Al-Badi’iah,
Al-Hidayah, 2007
No comments:
Post a Comment