Monday, December 7, 2015

Al-Malik


Asma ul-Husna 4

Al-Malik ertinya Allah mempunyai Kerajaan dan Pemerintahan. Ianya bermakna Maha Raja yang Maha Tinggi sebagaimana firmanNya bermaksud:
Maka Maha Tinggi Allah. Raja yang sebenarnya.
(Al-Mukminun:116)

Penguasa di Hari Pembalasan

Al-Malik bermakna Zat yang bebas,kerana kebajikan dan karakteristikNya sendiri daripada sebarang ketergantungan ataupun keterikatan pada sesuatu, sedangkan segala sesuatu itu tergantung kepadaNya.Tiada sesuatu pun yang wujud tanpaNya, sedangkan segala sesuatu yang ada memunculkan keberadaannya dari Dia atau kerana Dia. Segala-galanya adalah kepunyaan Allah tanpa sedikit pun kita memperolehi habuan melainkan dengan izin dan rahmatNya.

Al-Malik juga bermaksud Penguasa di Hari Pembalasan. Al-Malik disebut juga dengan Malikul-Mulk yang bererti Allah yang mempunyai kerajaan atau di tanganNya kekuasaan segala sesuatu.

Allah yang Maha Kuasa telah menjelaskan diriNya sendiri sebagai Malikul-Mulk, Pemilik segala sesuatu, seluruh kerajaan dan juga Pemilik Hari Pembalasan. Seorang pemilik tanah adalah tuan tanah. Siapapun secara rasmi terikat untuk mentaati raja yang sebenarnya, yang tidak melantik dan tiada pula berakhir kerajaanNya.

Di antara sifat-sifat Allah Yang Maha Kuasa, maka kata al-Malik telah menempati secara mandiri, di mana kata Malik sentiasa ditambahkan kepada sesuatu yang lain, seperti Maliki Yaumiddin (Pemilik Hari Pembalasan).

Sifat manusia yang keempat ialah memimpin

Merujuk kepada perkara ini, maka sifat manusia yang keempat dengan bercermin pada Asma al-Husna ialah bersifat memimpin dan mantadbir sesuai dengan maksud hadis rasulullah saw: Setiap kamu adalah pemimpin.

Wallahu a’lam

Adil Akhyar
Kehebatan berzikir dengan Asma Ul-Husna,2010

No comments:

Post a Comment